Home K - Pop “Ratu Cantik ke Ratu Plastik?!” -Peserta Miss Korea Dikritik Kerana Lakukan Pembedahan...

“Ratu Cantik ke Ratu Plastik?!” -Peserta Miss Korea Dikritik Kerana Lakukan Pembedahan Plastik

0

Lee Seung Hyeon, peserta Miss Korea yang baru berusia 23 tahun dan merupakan pelajar jurusan Ekonomi di Universiti Korea telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Korea. Yoo Si Eun yang berusia 25 tahun, menuntut bidang bahagian servis penerbangan di Universiti Yeonsung pula dinobat di tempat kedua dan Kim Go Eun, berusia 22 tahun daripada bidang kejuruteraan penerbangan dan aeronautical telah memenangi tempat ketiga.

Dalam acara Ratu Cantik Miss Korea yang ke-66 yang telah dianjurkan oleh Global E&B di Blue Square, Yongsan-gu, Seoul pada 26 Oktober, Lee Seung Hyeon telah berjaya menakluki takhta tersebut daripada 30 peserta yang lain.

Lee Seung Hyeon memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai impian untuk menjadi CEO bagi jenama fesyen terkemuka dan sedang mengusahakan jenama sendiri daripada beberapa aktiviti yang dilakukan olehnya.

Slogan ratu cantik Miss Korea 2022 adalah, ‘Green Healing Moment-The Most Beautiful Healing Begins’, yang membawa maksud mengekalkan kecantikan semula jadi kepada semua peserta yang terlibat.

Penganjur, Global E&B berkata, “Pertandingan ini menampilkan tradisi dan sejarah. Akan tetapi, mengikut aliran masa, trend itu berubah-ubah. Sila tonton peserta-peserta ini melalui siaran langsung.’

1666989732 image

Pertandingan Miss Korea ini akan disiarkan pada 11 November, 8 malam di Wavve, dan beberapa siaran TV lain seperti SMILETV, TVAsia & Weetv.

Selepas melihat beberapa gambar pemenang pertandingan ratu cantik ini, mereka kelihatan seperti ‘palsu’ dan seperti ‘virtual AI humans’.

Netizen turut memberi komen, antara nya:

‘Nampak benau plastik nya!’

‘Ini bukan ratu cantik, tetapi RATU PLASTIK!!!’

‘Dislike! apoo nampak macam robot je muka masing-masing.’

‘Sama je ghupa si pemenang kedua & ketiga tu ha!’

‘Doktor sama eh? Nape tak roger dulu before operate tu nyahhhh’

Macam-macam hal, anda rasa plastik ke idok?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Saya Rindu Dia”- Ada Apa Dengan Joongki/Tae Ri?