Home K - Pop “Saya Rindu Dia…” -Heboh Gambar Song Joong Ki & Kim Tae Ri...

“Saya Rindu Dia…” -Heboh Gambar Song Joong Ki & Kim Tae Ri ‘Dating’ di Paris

0

Song Joong Ki & Kim Tae Ri, kedua-dua nama ini sudah cukup terkenal di Korea Selatan dan dua-dua memang mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Terbaru, Song Joong Ki & Kim Tae Ri telah menafikan gosip hubungan cinta yang tersebar luas mengenai mereka berdua.

“Kedua-dua ini yang berlakon dalam filem, “Space Sweepers” pada tahun lalu, telah digosipkan bercinta selepas gambar mereka berdua dikongsi kan di laman sosial dan komuniti atas talian. Gambar itu yang menunjukkan lelaki dan perempuan sedang jalan berpimpin tangan di Paris telah dikatakan milik Song Joong Ki & Kim Tae Ri (gambar itu diambil daripada belakang dan muka depan tidak kelihatan). Selain itu, mereka turut mengeluarkan kenyataan panas, apabila Song Joong Ki menjelaskan dalam satu sesi temubual, “Saya rindu Kim Tae Ri, kan best kalau dia ada di sini?”

1666967867 20221028 songjoongki2

Agensi Song Joong Ki, High Zium Studio menjelaskan, “Song Joong Ki & Kim Tae Ri tidak menjalinkan apa-apa hubungan. Sementara itu, agensi Kim Tae Ri turut sama menafikan hal tersebut.

Korang rasa betul ke diaorang ni tak bercinta? Ke cuba sorok kan sesuatu? hehehe

Sumber: Soompi

Baca artikel terdahulu: “Taknak Dah Jadi Artis…”- Han So Hee Tarik Perhatian Pelanggan Bekerja Sebagai Juruwang