Home K - Pop Dunia Hiburan Kpop ‘Terhenti’ Seketika, YG Entertainment Antara Agensi Ambil Tindakan Drastik...

Dunia Hiburan Kpop ‘Terhenti’ Seketika, YG Entertainment Antara Agensi Ambil Tindakan Drastik Hormati Tragedi Itaewon

0

Kejadian di Itaewon yang meragut hampir 150 nyawa selepas rempuhan terjadi ketika acara sambutan Halloween, amat lah menyayat hati. Kerajaan telah mengarahkan Korea Selatan untuk berkabung bagi menghormati tragedi yang menyayat hati dan meragut nyawa itu.

Tidak hanya itu, rata-rata agensi mengambil keputusan drastik untuk menghentikan segala promosi-promosi album, lagu, rancangan dan sebagainya bagi menghormati acara berkabung. YG Entertainment antara agensi yang telah mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan seketika beberapa acara seperti promosi album dan sebagainya untuk jangka masa tertentu dan akan diumumkan kelak.

Agensi itu yang melahirkan antara artis ternama seperti BigBang, BLACKPINK, Winner, Treasure dan sebagainya telah dilihat menggunakan laman media sosial mereka dan membuat hantaran mengenai kenyataan rasmi daripada agensi mereka pada 30 Oktober.

1667135024 313347191 638112398029606 8074811616619815639 n 2

Bukan YG Entertainment sahaja, YOUNITE turut membatalkan showcase untuk album mini mereka. Begitu juga Eunji, Xdinary, ICHILLIN, Junhyung, DRIPPIN, Jaejoong yang membatalkan konsert nya di Jepun, IRRIS, Chen EXO, Giselle AESPA, dan SM Entertainment yang membatalkan SMTOWN Wonderland 2022, menunjukkan mereka turut berduka terhadap tragedi yang menimpa Itaewon tersebut. Setakat ini, angka korban sudah meningkat kepada 151 orang dan lebih 300 orang cedera ketika kejadian rempuhan yang sangat menyayat hati itu.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Peserta ‘Produce 101’ Musim Kedua, Lee Jihan Antara Mangsa Yang Meninggal Dunia Ketika Rempuhan Di Itaewon