Home Entertainment “Ada 1 Kumpulan K-Pop Nak Buat Comeback!? Seriouslah?”- Setelah Sekian Hilang Kini...

“Ada 1 Kumpulan K-Pop Nak Buat Comeback!? Seriouslah?”- Setelah Sekian Hilang Kini Kembali

0

Pada Oktober 28, SM Entertainment, Ajensi untuk Kumpulan K-Pop Red Velvet, memberi tahu Xports News, ” Red Velvet tengah bersiap sedia untuk membuat comeback dengan ahli yang lengkap pada akhir bulan November.” Ini lah album Red Velvet yang pertama dan baru buat sekian lama semenjak dari mini-albumya ‘The ReVe Festival 2022- Feel My Rhythm’, yang telah dilancarkan pada mac 21.

Red Velvet at The Shilla Duty Free BeautyYous first anniversary on July 30 2019

Solo Aktiviti Red Velvet:

Selepas aktiviti kumpulan, Red Velvet meneruskan aktiviti masing-masing. Seulgi melancarkan album solo pertamanya ’28 Reasons’ dalam 8 tahun sejak debutnya yang ke- 4, dan Yeri mengeluarkan lagu duet ‘Nap Fairy’ bersama penyanyi Sam Kim pada bulan Ogos. Sebagai tambahan, Irene muncul di program hiburan web ‘Irene’s Work & Holiday’ pada bulan Ogos, dan Joy muncul di ‘Somhow, Power Diary’ Kakao TV pada bulan September. Wendy bertemu dengar sebagai DJ di SBS Power FM ‘Wendy’s Young Street’.

 Discografi Red Velvet :

Red Velvet  pandai dalam semua jenis lagu dari lagu-lagu yang rancak seperti ‘Red Flavour’, ‘Power Up’, ‘Umpah Umpah’, ‘Russian Roulette’ dan ‘Feel My Rhythm’ lagu yang membuat suasana yang ceria seperti ‘Bad Boy’, ‘Psycho’ dan ‘Pekaboo’. . Oleh itu, perhatian diberikan kepada jenis pesona yang berbeza yang akan ditunjukkan dengan album baru yang akan dikeluarkan sebagai kumpulan lengkap setelah 8 bulan mereka hilang.

unnamed 3

Red Velvet:

Red Velvet adalah kumpulan gadis Korea Selatan yang dibentuk dan dikendalikan oleh SM Entertainment. Mereka  memulakan debutnya pada 1 Ogos 2014, dengan single ‘ Happiness ’ dengan 4 orang ahli, Irene, Seulgi, Wendy dan Joy. Anggota kelima, Yeri, menyertai kumpulan itu pada bulan Mac 2015, berikutan pelancaran album mini pertama mereka, Ice Cream Cake. Secara muzik, karya Red Velvet mencerminkan nama kumpulan mereka sendiri: eksperimen sampingan “merah” mereka yang kadang-kadang dengan elektronik dan funk, dan sementara sisi “velvet” mereka memfokuskan pada ‘R&B yang dipengaruhi 90-an dengan unsur balada dan hip hop. Keserbagunaan  genre mereka telah mendapat pujian kritis.

Tak sabar untuk debutnya yang menggemparkan!!

Baca Juga: Dunia Hiburan Kpop ‘Terhenti’ Seketika, YG Entertainment Antara Agensi Ambil Tindakan Drastik Hormati Tragedi Itaewon

Baca Juga: Peserta ‘Produce 101’ Musim Kedua, Lee Jihan Antara Mangsa Yang Meninggal Dunia Ketika Rempuhan Di Itaewon