Home Entertainment Penampilan Pelakon Wanita Korea Di Baeksang Arts Awards 2023

Penampilan Pelakon Wanita Korea Di Baeksang Arts Awards 2023

0

Ramai pelakon-pelakon wanita ternama Korea Selatan menghadiri malam Baeksang Arts Awards 2023. Acara tersebut diadakan dengan cukup megah dan meriah pada 28 April 2023. Para pelakon wanita ini tampil menawan dan sangat memukau setiap mata yang memandang.

Pasti tertanya-tanya bagaimana agaknya penampilan bintang-bintang glamor ini? Jom sama-sama kita lihat penampilan para pelakon wanita ini di red carpet Baeksang Arts Awards 2023 seperti yang berikut:

aaa4119b e34b 4722 90fc 7b0b349d7d181. Pelakon wanita Kim Si Eun yang membintangi Next Sohee (2022) tampil dengan busana berwarna gelap di red carpet Baeksang Arts Awards 2023

3c724837 e0d3 47f1 a19e 2467c6deace32. Selain itu, pelakon manis Lee Yeon, yang membawa watak sebagai No Ae Seol dalam Duty After School, kelihatan sangat berkeyakinan dengan penampilan boyish-nya. Jiwa remaja! Lain dari yang lain!!

80aafb3f b58c 438b 9e4a fa36f8568ebd

3. Sementara itu, Ahn Eun Jin menerusi projek The Night Owl (2023) berjaya menempatkan diri dalam pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

a46739fd 7ead 42f6 baf6 7b09e27defca4. Juga tidak ketinggalan, Kim Hye Yoon kelihatan sangat memukau dengan penampilannya yang dibaluti gaun berwarna peach. Menawan!

ac8287b3 2169 40d4 9da2 d1d3c32dadb65. Roh Yoon Seo yang membawa watak sebagai Nam Hae Yi dalam Crash Course In Romance (2023) berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik

927b2ff7 ea1d 4c6e 92f6 66bf83329b676. Ha Yun Kyung dari drama siri Extraordinary Attorney Woo (2022) yang berjaya mengisi pencalonan Pelakon Baru Wanita Terbaik

dbe0c0ff e512 4c9c 8d49 b0e7717d54cc7. Hasil melakonkan watak Park Yeon Jin yang berjaya menyakitkan hati para penonton, Lim Ji Yeon berjaya memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

45aad25d beb3 440a 8e23 4415819189698. Memang sentiasa menawan, IU tampil mengenakan dress berwarna putih yang dipadukan dengan aksesori elegan di lehernya. Cantik!

89710b97 83a7 4ad4 bc48 a98a792045899. Pelakon wanita Kim Ji Won juga turut bersaing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui drama My Liberation Notes (2022)

7e65e9d9 4300 4dc8 99e2 c588370af0ee10. Tidak ketinggalan, Bae Doo Na melalui filem Next Sohee (2022), turut bersaing melawan pelakon-pelakon wanita hebat yang lain dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik

cc886cb2 63f1 423a 83ae 7431a84993de11. Lakonan Jeon Do Yeon dalam filem Kill Boksoon (2023) memang telah berjaya meraih banyak pujian, tidak hairanlah pelakon ini berjaya dicalonkan untuk kategori Pelakon wanita Terbaik

738eb7bf 8779 409b b52f 07e0f4ee46c212. Persaingan yang sangat sengit untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, nyatanya Song Hye Kyo yang akhirnya berjaya membawa pulang anugerah tersebut menerusi drama siri popular The Glory (2022)

07b642f0 4f76 4e7e b19f e6922d1f73eb13. Park Eun Bin mencuri tumpuan di Baeksang tahun ini dengan meraih anugerah Daesang melalui lakonannya dalam Extraordinary Attorney Woo (2022)

Baeksang Arts Awards 2023 diisi dengan nama-nama besar yang membuatkan persaingannya cukup sengit. Walaupun tidak berjaya meraih sebarang anugerah, namun semua calon yang tersenarai sudah melakukan yang terbaik. Hebat-hebat belaka lakonan mereka semuanya!

Baca Lagi: Perjalanan Karier Park Jinyoung Hingga Berjaya Meraih Anugerah Baeksang 2023

Baca Juga: Senarai Lengkap Pemenang Baeksang Arts Awards 2023, The Glory Bolot Banyak Anugerah