Home Entertainment Para Pelakon Lelaki Korea Tampil Bergaya Di Baeksang Art Awards 2023

Para Pelakon Lelaki Korea Tampil Bergaya Di Baeksang Art Awards 2023

0

Baeksang Arts telah diadakan dengan penuh gilang gemilang pada Jumaat, 28 April 2023.

Ramai pelakon dan selebriti hadir ke acara berrestin tersebut bagi menerima anugerah dan meraikan rakan-rakan artis yang meraih penghargaan. Turut mencuri tumpuan adalah barisan pelakon lelaki yang hadir dalam acara tersebut. Pelakon-pelakon lelaki ini ada yang berjaya dicalonkan dan ada juga yang berjaya membawa pulang anugerah.

Khas buat anda yang meminati barisan pelakon-pelakon ini, jom sama-sama kita lihat gambar-gambar pelakon kesayangan anda yang sangat bergaya sewaktu hadir ke Baeksang Arts Awards 2023 berikut ini:

99bafdd1 9ffc 4488 bc76 256007221f8f1. Populariti Kim Gun Woo naik mendadak setelah berjaya memberikan lakonan yang sangat berkesan dalam drama The Glory (2022), pelakon ini berjaya tercalon sebagai Pelakon Baru Lelaki Terbaik

7837389d 204c 47ef bd24 bdc1195c0a3d2. Byun Woo Seok turut berjaya tercalon untuk kategori Pelakon Baru Lelaki Terbaik melalui projek lakonan popularnya yang bertajuk 20th Century Girl (2022)

73da234c 979e 4d37 8a26 b744f023cbf93. Lakonan hebat Hong Kyung dalam drama siri Weak Hero Class 1 (2022) juga turut membawanya masuk ke dalam senarai calon Pelakon Baru Lelaki Terbaik

78369d52 a995 4d4e b300 bb692d7facbb4. Sementara itu, Moon Sang Min juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik menerusi drama siei The Queen’s Umbrella (2022)

1bb31614 501e 4a61 84fd 32256c7afbca5. Tidak ketinggalan, Park Jinyoung GOT7 yang hadir sebagai calon Pelakon Lelaki Baru Terbaik melalui projek lakonan Christmas Carol (2022)

e6a553cc 4528 47ad 9710 482f189725b76. Kim Sung Cheol memikat ramai peminat dan berjaya masuk ke dalam pencalonan kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi The Night Owl (2022)

272e0aed 1e77 429a 8693 3afd7c224d947. Kali ini, pelakon senior Ma Dong Seok kembali dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem aksi lakonannya, The Roundup (2022)

cb8ed413 05c7 437f be71 28a3bf4d6a748. Cara lakonan Son Suk Ku berjaya membuatkan ramai orang kagum. Tidak hairanlah jika pelakon ini berjaya dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui drama siri My Liberation Notes (2022)

c0295587 6ef9 43fd a37f e9e51dbea1479. Sementara itu, Jung Woo Sung dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik kerana membintangi filem Hunt (2022)

e0e7e31d d018 499a 97be 8f796f91da5e10. Pelakon lelaki nombor satu di Korea Selatan iaitu Lee Byung Hun, berjaya masuk senarai pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik melalui drama Our Blues (2022)

12f3f739 977c 4251 99e1 7abf7c34679111. Drama siri Crash Course in Romance (2023) yang telah berjaya membawa nama Jung Kyung Ho tersenarai sebagai calon Pelakon Lelaki Terbaik

88026564 3039 414e 9ec8 4fda3477f9b412. Menjadi salah seorang kaki buli dalam The Glory (2022), lakonan Park Sung Hoon turut berjaya membawa namanya mengisi pencalonan kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Persaingan di Baeksang Arts Awards 2023 ternyata sangat sengit. Banyak nama-nama besar tersenarai sebagai calon, dan pastinya yang paling terbaik antara mereka akan pulang membawa anugerah dengan senyuman dan hati yang puas. Semua pelakon ini dikenali sangat hebat dalam menampilkan karakter mereka dalam setiap drama dan juga filem masing-masing.

Baca Lagi: Penampilan Pelakon Wanita Korea Di Baeksang Arts Awards 2023

Baca Juga: Senarai Lengkap Pemenang Baeksang Arts Awards 2023, The Glory Bolot Banyak Anugerah