Home Entertainment Senarai Lengkap Pemenang Baeksang Arts Awards 2023, The Glory Bolot Banyak Anugerah

Senarai Lengkap Pemenang Baeksang Arts Awards 2023, The Glory Bolot Banyak Anugerah

0

Baeksang Arts Awards 2023 telah dijayakan pada Jumaat, 28 April 2023. Acara gilang gemilang tersebut yang diadakan di Incheon Paradise City ini berlangsung dengan sangat meriah dan dihadiri oleh pelakon-pelakon serta selebriti ternama Korea Selatan.

9c654428 1b13 437e 8c24 29a88d7a3aefPark Eun Bin menang dengan penuh bergaya sebagai penerima anugerah tertinggi, Daesang, melalui lakonannya dalam drama siri Extraordinary Attorney Woo.

b534c78e a1d3 4c88 b5fc 8035a9829696

Sementara itu, Lee Sung Min meraih anugerah untuk Pelakon Lelaki Terbaik melalui drama siri popular iaitu Reborn Rich dan Song Hye Kyo menepati ramalan apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik melalui drama siri yang amat viral iaitu The Glory.

9220a81d 6413 4790 ada8 779729c476faDalam kategori TV atau drama Korea, The Glory meraih paling banyak anugerah, sesuai dengan kehebatan siri itu yang rancak dibualkan sewaktu ditayangkan di Netflix. Sementara itu, untuk kategori filem, Decision to Leave dan The Night Owl megah mendominasi senarai pemenang.

7080e8f3 f340 4514 a0ee 48fcaf8609a3

Berikut merupakan senarai lengkap pemenang-pemenang di Baeksang Arts Awards 2023:

1. Kategori Filem
● Filem Terbaik Daesang – Decision to Leave
● Filem Terbaik – The Night Owl
● Pelakon Wanita Terbaik – Tang Wei (Decision to Leave)
● Pelakon Lelaki Terbaik – Ryu Jun Yeol (The Night Owl)
● Pengarah Terbaik – Park Chan Wook (Decision to Leave)
● Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Park Se Wan (6/45)
● Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Byun Yohan (Hansan: Rising Dragon)
● Skrip Terbaik – Next Sohee
● Pelakon Wanita Baru Terbaik – Kim Sei Eun (Next Sohee)
● Pelakon Lelaki Baru Terbaik – Park Jinyoung (Christmas Carol)
● Pencapaian Teknikal Terbaik – Hunt
● Pengarah Baru Terbaik – Ahn Tae Jin (The Night Owl)

2. Kategori TV
● Drama Terbaik Daesang – Park Eun Bin (Extraordinary Attorney Woo)
● Drama Terbaik – The Glory
● Pelakon Lelaki Terbaik – Lee Sung Min (Reborn Rich)
● Pelakon Wanita Terbaik – Song Hye Kyo (The Glory)
● Pengarah Terbaik – Yoo Insik (Extraordinary Attorney Woo)
● Penghibur Wanita Terbaik – Lee Eunji
● Penghibur Lelaki Terbaik – Yoon Sieun
● Program Hiburan Terbaik – Psick Univ Psick Show
● Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Lim Ji Yeon (The Glory)
● Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Jo Woo Jin (Narco-Saints)
● Skrip Terbaik – My Liberation Notes
● Pencapaian Teknikal Terbaik – Little Women
● Pelakon Wanita Baru Terbaik – Roh Yoon Seo (Crash Course in Romance)
● Pelakon Lelaki Baru Terbaik – Moon Sang Min (Under The Queen’s Umbrella)

3. Kategori Teater
● Anugerah Teater Baeksang – None Elected (Doosan Art Center)
● Anugerah Remaja Baeksang – We Now Archive
● Anugerah Lakonan -Ha Ji-seong (Teenage Dick)
● Teater Pendek Terbaik – Now Archive (A Little Lonely Monologue and Always Friendly Songs)

4. Kategori Khas
● Anugerah Tik Tok Popular (Lelaki) – Park Jin-young
● Anugerah Tik Tok Popular (Wanita) – IU
● Anugerah GUCCI – Next Sohee

206f77ae e90a 4fc2 99da d9c232518219Demikian sahaja senarai lengkap pemenang-pemenang Baeksang Arts Awards 2023. Adakah artis kegemaran anda berjaya meraih anugerah?

Baca Juga: 9 Pasangan Pelanduk Dua Serupa Dikalangan Pelakon Lelaki Korea

Baca Lagi: 10 Kdrama Komedi Bertema Perniagaan & Pekerjaan Yang Sangat Mencuit Hati