Home Entertainment Perjalanan Karier Park Jinyoung Hingga Berjaya Meraih Anugerah Baeksang 2023

Perjalanan Karier Park Jinyoung Hingga Berjaya Meraih Anugerah Baeksang 2023

0

Walaupun sememangnya dikenali meluas sebagai idol dalam kumpulan GOT7, rupa-rupanya Park Jinyoung terlebih dahulu debut dalam dunia lakonan dan bukannya nyanyian. Dalam kemunculan debut sewaktu berlakon, Park Jinyoung bukan mendapat watak utama.
Namun, di sinilah kualiti lakonan Park Jinyoung semakin berkembang dalam setiap projek lakonnan yang diambilnya.

Terbukti, pada tahun ini pelakon kacak ini berjaya menggondol anugerah berprestij Baeksang Art Awards. Jom sama-sama kita lihat pahit manis perjalanan karier lakonannya hingga bakat seninya diakui di Baeksang Art Awards.

Baca Juga: Senarai Lengkap Pemenang Baeksang Arts Awards 2023, The Glory Bolot Banyak Anugerah

e6168698 6660 4c1b 8a27 3d3580ddde201. Park Jinyoung pertama kali debut sebagai pelakon dengan membintangi drama siri muzikal yang bertajuk Dream High 2

ee93f433 71aa 46ab 9f54 8d65ce607c572. Peranannya sebagai Jung UI Bong masih diingati hingga kini kerana pada saat itu dia membawa watak sebagai seorang pelajar yang bertutur menggunakan dialek yang pekat

be39b9b7 968f 441d 9888 95fd397c276b3. Setahun selepas itu, pelakon muda berbakat ini kembali berlakon lagi bersama rakan satu. Kumpulan GOT7 iaitu Jay B dalam drama siri yang berjudul When a Man’s in Love sebagai pelakon pembantu

04ea47a2 eb34 45e0 af61 7d9568563eba4. Watak utama pertama yang dilakonkan oleh Park Jinyoung adalah sewaktu membintangi drama siri yang diterbitkan oleh agensi dan dibintangi oleh ahli kumpulan GOT7 yang bertajuk Dream Knight yang mengangkat kisah cinta fantasi

b0471aae 30e3 4de4 8b6c fddf5ae63b0c5. Sejak berjaya membawa watak utamanya itu, Park Jinyoung sering mendapat tawaran untuk melakonkan watak sebagai pelakon utama versi muda seperti dalam drama siri My Love Eundong dan The Legend of The Blue Sea

fed61c87 2ea1 4c85 9f03 47fe166422f16. Pada tahun 2017, Park Jinyoung berjaya tampil dalam dua projek lakonan sekaligus iaitu filem pertamanya yang bertajuk A Stray Goat dan sebuah web drama iaitu Magic School

914862fc cbfb 4d88 8fb2 1b8b02957b777. Pernah menyepikan diri selama 2 tahun untuk memberi ruang kepada aktiviti idolnya bersama GOT7, Park Jinyoung muncul kembali dalam dunia lakonan melalui drama siri He is Psychometric yang perlahan-lahan mula menaikkan namanya di dunia seni lakon

7d3b460c 65b7 4868 81c7 64668df1d6a58. Tahun 2021 wataknya sebagai Kim Ga On dalam drama siri The Devil Judge juga telah berjaya mendapat reaksi positif daripada para penonton dan netizen hingga sangat trending di media sosial pada waktu itu

85567dba ecdf 471d 984a 34a04d63fb7f9. Pada tahun 2022, anak muda ini menggegarkan dunia lakonan dengan tampil dalam filem Yaksha dan Christmas Carol yang merupakan antara prestasi terbaiknya setakat ini

Park Jinyoung atau Jinyoung GOT7 memang dikenali sebagai salah seorang idol dan juga pelakon dengan keterampilan yang menawan dan memang sangat profesional dalam bidangnya masing-masing (nyanyian dan lakonan).

Maka tidak hairanlah, hasil kerja kerasnya tersebut dan jerih perih mengabdikan masa dan tenaga untuk dunia seni, projek yang dibintanginya banyak mendapat reaksi positif daripada peminat filem serta drama siri.

5d165eed 6cf2 4285 8104 435851ebee25

Tahniah kerana telah memenangi Anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik menerusi filem Christmas Carol, semoga terus maju jaya diucapkan buat Park Jinyoung!

Baca Lagi: 9 Pasangan Pelanduk Dua Serupa Dikalangan Pelakon Lelaki Korea