Home Entertainment Netizen Gembira Tiada Lagi Kelibat Pembuli Yang Acah ‘Innocent’, LE SSERAFIM Kini...

Netizen Gembira Tiada Lagi Kelibat Pembuli Yang Acah ‘Innocent’, LE SSERAFIM Kini Berlima?

0

Gara-gara kontroversi buli melibatkan Kim Garam, kumpulan LE SSERAFIM terpaksa meneruskan aktiviti dan jadual seni mereka dengan hanya lima anggota.

Buat pertama kali, kumpulan itu muncul di hadapan umum secara berlima ketika mengadakan persembahan untuk episod baharu rancangan Inkigayo pada Ahad lalu.

les 2380618 20220525110225

LE SSERAFIM menjayakan persembahan mereka dengan menyanyikan lagu debut, Fearless menampilkan lima anggota iaitu Sakura, Chaewon, Yunjin, Kazuha dan Eun-chae.

Sejurus persembahan tersebut tamat, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana kelibat Kim Garam tidak lagi kelihatan dalam kumpulan itu.

“Akhirnya saya dapat lihat persembahan mereka dengan selesa,” ujar seorang peminat.

Artikel Berkaitan: Belum Debut Lagi, Kim Garam LE SSERAFIM Dah Timbulkan Dua Kontroversi Panas

1653159644

Baru-baru ini, Source Music mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kes buli membabitkan Garam dan penyanyi itu akan direhatkan daripada terlibat dengan semua aktiviti bersama LE SSERAFIM.

Tak sampai sebulan selepas debut pada 5 Mei lalu, nama Garam sering dilihat di sosial media dan artikel, apabila dia dituduh melakukan perbuatan buli ketika zaman persekolahan.

Kebanyakan netizen mengharapkan agar Kim Garam dibuang daripada kumpulan LE SSERAFIM dan aktiviti LE SSERAFIM tetap diteruskan berlima (Sakura, Chaewon, Yunjin, Kazuha dan Eun-chae)

Baca lagi:  “Saya Tidak Pernah Melihat Wajahnya, Tetapi Saya Yakin Dia Memang Ayah Saya,” Sakura LE SSERAFIM Bertemu Dengan Bapanya Buat Pertama Kali Di Acara ‘Fan Meeting’

Sumber: [1]