Home Entertainment “Seriuslah?!” Ahli Running Man Terkejut Apabila Mengetahui Kerjaya Ibu Song Ji Hyo

“Seriuslah?!” Ahli Running Man Terkejut Apabila Mengetahui Kerjaya Ibu Song Ji Hyo

0

Walaupun sudah 12 tahun bersama, namun ahli “Running Man” sentiasa mempelajari pelbagai informasi baru mengenai Song Ji-hyo.

Dalam episod terbaru ini, ahli ASTRO iaitu Cha Eun-woo, Sanha dan Moonbin telah menjadi tetamu dan mereka dibahagikan kepada kumpulan hitam yang diketuai Jun So-min dan putih yang diketuai oleh Song Ji-hyo.

Dalam misi pertama, kesemua mereka perlu bermain ‘Triathlon Moden’. Sanha yang mendengar berita ini berkata, “Mak saya merupakan seorang ahli bina badan.”

Kemudian Yoo Jae-suk bertanya, “Awak bersukan?” Jelas Kim Jong-kook, “Dia bagus semuanya.”

Screenshot 88

Yoo Jae-suk kemudian bertanya pada Song Ji-hyo, dan Song Ji Hyo telah mengejutkan semua orang dengan mengatakan, “Mak saya merupakan perenang dalam pasukan kebangsaan.”

Pendedahan itu nyata membuatkan ahli “Running Man” terkejut dan tak mempercayainya. Tambahnya lagi, ibunya pernah berlatih bersama dengan perenang popular iaitu Cho Oh-ryeon.

Baca lagi: Kim Sae Ron Bayar Ganti Rugi Kos Transformer Elektrik Yang Dimusnahkannya

Baca lagi: Lee Dong Wook Pernah Menangis Kerana Cinta Terputus Di Tengah Jalan Raya