Home Entertainment Kim Sae Ron Bayar Ganti Rugi Kos Transformer Elektrik Yang Dimusnahkannya

Kim Sae Ron Bayar Ganti Rugi Kos Transformer Elektrik Yang Dimusnahkannya

0

Aktres Kim Sae Ron membayar ganti rugi kos transformer elektrik yang dimusnahkannya menurut Korea Electric Power Corporation (KEPCO), lapor SBS.

Kosnya dilaporkan sejumlah 20 million won (approximately 15,900 dollars) untuk menggantikan satu unit.

Baru-baru ini Kim Sae Ron turut mengadakan rundingan dengan pemilik premis perniagaan di sekitar yang terjejas kerana bekalan kuasa elektrik terputus ekoran daripada kemalangan tersebut.

Pada 18 Mei lalu, kenderaan yang dipandu aktres itu merempuh transformer elektrik di lokasi berhampiran Cheongdam-dong, Seoul.

Akibatnya, lampu isyarat tidak menyala, sistem pembayaran elektronik tergendala, menyebabkan operasi tutup pada sekitar 5 jam.

Aktres itu enggan menjalani ujian alkohol pada hari kejadian dan dihantar ke hospital berhampiran untuk buat ujian darah. Keputusannya bakal keluar pada 1 Jun nanti.

Susulan insiden itu, Kim Sae Ron meninggalkan wataknya dalam drama SBS ‘Tolley’ dan menghentikan penggambaran drama Netflix akan datang, ‘Hunting Dogs’.

Sumber: [1]