Pada episod 14 Mei “Knowing Bros” JTBC, Sakura telah muncul sebagai tetamu bersama seorang lagi ahli kumpulannya Kim Chaewon.

Di dalam episod itu, ahli Knowing brother meminta Sakura untuk menamakan pertemuan paling diingati yang pernah dia alami bersama peminat, dan idola itu telah mengejutkan semua orang dengan mendedahkan bahawa dia pernah bertemu bapanya melalui acara peminat (fan event).

le sserafim sakura 14052022 2

“Ada satu kejadian yang paling saya ingati dalam ingatan saya,” jawabnya. “Ketika saya berumur satu tahun, ibu bapa saya bercerai. Jadi saya tidak pernah melihat bapa saya sebelum ini, dan saya tidak pernah melihat gambarnya, jadi saya tidak tahu bagaimana rupa wajahnya.”

“Tetapi ketika acara berjabat tangan bersama peminat di Negara asal saya (di Jepun), lelaki ini datang dan memberitahu saya bahawa dia akan terus menyokong saya. Dan sebaik sahaja kami berjabat tangan, saya tahu, ‘Ini ayah saya.’ Saya segera merasakannya.”

Artikel Berkaitan: Belum Debut Lagi, Kim Garam LE SSERAFIM Dah Timbulkan Dua Kontroversi Panas

Artikel Berkaitan: “Teruskan Naik Ke Puncak…Kerana Ketika Itu Pasti Ramai Yang Ingin Menjatuhkan Awak”,- Pesan Mangsa Buli Kim Garam LE SSERAFIM

le sserafim sakura 14052022 4 1024x575 1

“Dia hanya memberitahu saya bahawa dia telah menyokong saya.” Sakura kemudian menyambung, “dan semasa saya sedang berfikir bahawa orang itu ialah ayah saya, orang seterusnya (yang akan berjabat tangan dengannya) adalah nenek saya-ibu kepada ayah saya. Dan dia tiba-tiba bertanya kepada saya, ‘Adakah awak ingat siapa kami?’ Jadi saya tahu: ‘Itu memang bapa saya.’”

Lee Jin Ho kemudian bertanya sama ada Sakura pernah melihat ayahnya lagi selepas itu, dan dia berkongsi bahawa dia tidak pernah melihatnya sejak itu.

Sumber: [1]

Previous article8 Cinta Selebriti Popular Yang Ditolak Oleh ‘Crush’ Mereka
Next articleBerusia 14 Tahun, Park Boeun CLASS:y Minum Susu Formula Bayi Kerana Ingin Menjadi Lebih Tinggi? Penonton ‘Cringe’ Tengok!