Home Artis Korea Mereka Dahulu Adalah Pelakon Kanak-Kanak, Kini Dewasa dan Muncul Dalam Kdrama 2024

Mereka Dahulu Adalah Pelakon Kanak-Kanak, Kini Dewasa dan Muncul Dalam Kdrama 2024

0

Kemunculan pelakon Park Shin Hye dalam drama Doctor Slump telah lama dinanti-nantikan oleh para peminat setianya. Ini merupakan kemunculan pertamanya dalam drama selepas melahirkan anak. Bukan hanya itu, dia bergabung semula dengan Park Hyung Sik selepas membintangi The Heirs yang ditayangkan 10 tahun lalu.

Telah lama berkecimpung dalam dunia seni lakon, Park Shin Hye debut sebagai pelakon kanak-kanak dalam video muzik Lee Seung Hwan yang bertajuk Flower pada tahun 2003.

Begitu juga dengan beberapa orang pelakon terkenal Korea berikut ini. Mereka merupakan bekas pelakon kanak-kanak yang kini membintangi Kdrama yang ditayangkan pada bulan Januari 2024.

 

bf07244d 12f4 4500 97d8 9f7653ec43f5
1. Bekerjasama dengan Park Hyung Sik sekali lagi, Park Shin Hye akan kembali menjadi doktor yang berkemahiran dalam Doctor Slump. Namun, dia juga sedang berada di titik terendah dalam hidupnya

 

8660c5d3 83bd 4304 bf5f e1593bdb8f44
2. Melakonkan watak berganda, Park Ji Hoon dipilih untuk membawa watak utama sebagai putera mahkota yang mempunyai dua keperibadian berbeza dalam Love Song For Illusion

 

afc9534f ddd6 4426 909e 46fbd04367fd
3. Selepas mencuri perhatian dalam Night Has Come (2023), Ahn Ji Ho berlakon dalam Gyeongseong Creature Part 2 sebagai pegawai Jang Tae Sang (Park Seo Joon)

 

a5f8cafd 1f58 4f14 a7bf e7fcc7931850
4. Bertemu dengan Jo Jung Suk, Shin Se Kyung merupakan pemain go genius yang menyamar menjadi lelaki dalam Captivating The King

 

7d701715 e3b2 4152 b42c 7b8cebf0f5de
5. Berjaya buat para penonton cair hati bersama Song Kang, Kim Yoo Jung menjadi anak angkat chaebol yang sangat dingin dalam My Demon

Baca juga: 4 Pelakon Wanita Ini Pernah Digandingan Dengan Bae In Hyuk dalam Kdrama, Terbiasa Dengan Heroin Lebih Tua

e8d86f98 71ed 4b72 9d49 291252defcae
6. Lee Se Young menjelajah waktu ke masa depan dan bertemu kelahiran semula mendiang suaminya dalam The Story of Park’s Marriage Contract

 

195568ff 640f 46ee 9059 c72771b8f676
7. Kim Bo Ra merupakan pemilik kafe Ran’s Coffee yang disyaki sebagai salah seorang pembunuh dalam Like Flowers in Sand

 

1a5a32dc 1210 4681 810b 8a9ca59f9a9e

8. Dipilih sebagai second lead, Lee Hyun Woo membawa watak sebagai guru sejarah di sekolah menengah yang ternyata adalah dewa gunung dalam drama A Good Day to Be a Dog

 

Pelakon
9. Park Ji Bin membintangi spin-off The Killer’s Shopping List yang bertajuk A Shop for Killers. Drama ini akan ditayangkan pada 17 Januari akan datang!

Kini telah membesar sebagai orang dewasa, bekas pelakon kanak-kanak yang tersenarai di atas masih relevan dalam dunia hiburan dengan membintangi banyak drama Korea pada tahun 2024 ini. Walaupun bukan semuanya menjadi pelakon utama, mereka juga turut berjaya mencuri perhatian bukan?

Baca lagi: Lee Dong Wook Tampil Dingin Dalam Drama Aksi Thriller ‘A Shop for Killers’ 17 Januari 2024
Baca juga: 11 Pasangan Paling Romantik dalam Kdrama 2023, Gandingan Paling Serasi