Home Artis Korea Kenali Song Ha Yoon Watak Penyondol Dalam Marry My Husband, Buat Penonton...

Kenali Song Ha Yoon Watak Penyondol Dalam Marry My Husband, Buat Penonton Naik Darah

0

Song Ha Yoon dikenali sebagai pelakon wanita yang selalu membawa watak protagonis dalam drama dan filem yang dibintanginya. Kali ini dia berjaya menarik perhatian melalui watak wanita perampas dalam drama Marry My Husband.

Song Ha YoonLakonan Song Ha Yoon dalam Marry My Husband berjaya membuatkan penonton emosi. Emosi dan perasaan benci penonton terhadap wataknya itu menandakan bahawa Song Ha Yoon telah membawa watak itu dengan baik dan berkesan.

Sementara itu, mari sama-sama kita lihat beberapa fakta menarik tentang Song Ha Yoon seperti berikut ini.

 

1. Siapa Song Ha Yoon?

Marryy husbandNama: Song Ha Yoon (송하윤)
Tempat, tarikh lahir: Seoul, 2 Disember 1986 Pendidikan: Taipei University
Zodiak: Sagitarius
Tinggi badan: 160 cm
Golongan darah: A
Agensi: King Kong by Starship
Instagram: @hayoonsong1202

 

2. Perkembangan karier Song Ha Yoon

Song Ha YoonSiapa sangka bahawa pelakon ini memulakan debutnya dengan nama Kim Byul. Selepas itu dia menukar namanya menjadi Song Ha Yoon pada tahun 2012. Dia debut melalui drama Sangdoo, Let’s Go to School! yang ditayangkan pada tahun 2003. Hasil bakat lakonannya yang memukau, pelakon ini dibanjiri tawaran untuk berlakon drama dan juga filem.

Nama Song Ha Yoon semakin dikenali sejak membintangi drama Fight for My Way pada tahun 2017. Sejak itu, Song Ha Yoon semakin mendapat perhatian dan mendapat watak utama dalam drama dan filem popular. Antaranya adalah Please Don’t Date Him (2020-2021) dan Intimate Strangers (2018).

 

3. Senarai filem dan drama

IMG 9800Filem:

● Dasepo Naughty Girl (2006) sebagai Bellflower
● Baby and Me (2008) sebagai Kim Byeol
● Members of the Funeral (2008) sebagai Ami
● Fly High (2009) sebagai Soo Kyoung
● Helpless (2012) sebagai Han Na
● Dangerously Excited (2012) sebagai Mi Sun
● The Whistleblower (2014) sebagai Kim Yi Seul
● Intimate Strangers (2018) sebagai Se Kyung

Drama:

IMG 9809

● Sangdoo, Let’s Go to School! (KBS2 / 2003)
● Nonstop 5 (MBC / 2005)
● MBC Best Theater – Taerung National Village (MBC / 2005)
● Chilwu, the Mighty (KBS2 / 2008) sebagai Yeon Doo
● Phantom (SBS / 2012) sebagai Choi Seung Yeon
● Reset (OCN / 2014) sebagai Choi Yoon Hee
● Sweden Laundry (MBC Drama-MBC every1 / 2014-2015) sebagai Kim Bom
● My Daughter, Geum Sa Wol (MBC / 2015-2016) sebagai Lee Hong Do
● Fight for My Way (KBS2 / 2017) sebagai Baek Seol Hee
● Devilish Charm (MBN-Dramax / 2018) sebagai Joo Gi Bbeum
● Please Don’t Date Him (MBC-MBC Every 1 / 2020-2021) sebagai Seo Ji Sung
● Oh! Young Sim (ENA-Genie TV / 2023) sebagai Oh Young Sim
● In Still Green Days (KBS2 / 2015) sebagai Lee Young Hee
● Marry My Husband (tvN / 2024) sebagai Jung Soo Min
Drama istimewa
● Guardian Angel Kim Young Goo (KBS2 / 2011) sebagai Choi Na Young
● Chagall’s Birthday (KBS2 / 2013) sebagai Joon Hee
● I Introduce My Father (KBS / 2014) sebagai Choi Hee Young

 

4. Pencapaian Song Ha Yoon

IMG 9802● Special Acting Award – SBS Drama Awards 2012
● Excellence Award – KBS Drama Awards 2015
● Best New Actress – MBC Drama Awards 2015
● Best Actress – 2nd KWeb Fest Awards 2016
● Excellence Award – 10th Korea Drama Awards 2017
● Best Supporting Actress – 1st The Seoul Awards 2017
● Best Supporting Actress – KBS Drama Awards 2017
● Best Couple Award – KBS Drama Awards 2017
● Actress Category – Korea First Brand Awards 2018
● Best Supporting Actress – 54th Baeksang Arts Awards 2018
● Cinematographers’ Choice Popularity Award – 39th Golden Cinema Film
Festival 2019

 

5. Bawa watak perempuan perampas dalam Marry My Husband

IMG 9122 1

Song Ha Yoon diberi kepercayaan untuk membintangi drama Marry My Husband sebagai Jung Soo Min. Wataknya digambarkan sebagai wanita yang sangat manipulatif dan licik. Dia akan melakukan apa-apa sahaja supaya keinginannya tercapai.

Lebih teruk lagi, watak Jung Soo Min ini berlaku curang dengan suami sahabatnya sendiri. Apabila perbuatan terkutuknya diketahui, Jung Soo Min langsung tidak merasa bersalah tetapi dia menyalahkan sahabatnya itu sendiri.

Marry my husbandWatak Song Ha Yoon dalam drama Marry My Husband berjaya membuatkan penonton naik darah. Ini menandakan dia mampu keluar dari zon selesa dengan watak yang sama dan berjaya memberi lakonan yang sangat berkesan.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya Marry My Husband setiap hari Isnin dan Selasa di Prime Video!

Baca lagi: Sukar Untuk Membenci Lee Yi Kyung ‘Gwenchana’, Walaupun Digelar Sebagai Lelaki Sampah dalam Marry My Husband
Baca juga: Mereka Dahulu Adalah Pelakon Kanak-Kanak, Kini Dewasa dan Muncul Dalam Kdrama 2024