Home Artis Korea Menyingkap Di Sebalik Tabir BTS: Bakat Tersembunyi 7 Idol Ini Di Luar...

Menyingkap Di Sebalik Tabir BTS: Bakat Tersembunyi 7 Idol Ini Di Luar Pentas

0

BTS tentunya merupakan salah satu kumpulan K-Pop paling berpengaruh yang bukan sahaja telah meraih kejayaan antarabangsa yang luar biasa, malah turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan semula industri muzik global.

Selain terkenal dengan keupayaan muzik yang memukau, setiap ahli kumpulan BTS juga memiliki bakat luar biasa yang tidak diduga. Bakat tersembunyi ini tidak pernah gagal memikat dan menambat hati orang ramai, terutamanya BTS Army.

Jom kita meneroka bakat tersembunyi ketujuh-tujuh ahli kumpulan BTS yang luar biasa, yang menghairankan dan pasti gempak punyalah: RM, Jin, Suga, Jimin, V, J-Hope, dan Jungkook!

1. V – Virtuoso artistik

IMG 1390

Bakat Tersembunyi: Bakat seni

V, jiwa seni BTS! Minat mendalam lelaki ini terhadap fotografi umpama simfoni hebat yang memukau pandangan. Gambarnya? Ia bukan sekadar gambar; ia adalah paparan emosi! Tidak cukup dengan itu, dia juga sangat mengagumi artis terkenal seperti Van Gogh dan Jean-Michel Basquiat.

Menariknya: V pernah cuba menyembunyikan bakat melukisnya namun tidak dapat menahan diri daripada menunjukkan lakaran lukisannya.

 

2. Jin- Genius Kulinari
 
BTS

Bakat Tersembunyi: Bakat Kulinari

Dia juga tidak segan silu tentangnya – dia menjemput peminat untuk turut serta dalam pengembaraan kulinarinya melalui video-video membangkitkan selera dan siri legendarinya “Eat Jin”. Oh, dia juga menawarkan “Kelas Memasak Jin” di Youtube! Ia adalah jamuan yang pasti anda tidak ingin lepaskan.

 

3. Suga – Fanatik bola keranjang

IMG 1388

Bakat Tersembunyi: Bola Keranjang

Sekarang, mari kita bercakap tentang Suga, ahli BTS dengan kebolehan bola keranjang! Jika anda fasih berbahasa Korea, ia bukan satu rahsia kerana namanya sendiri bermaksud “shooting guard” – iaitu posisi kegemarannya ketika di dalam gelanggang. Tetapi tahukah anda dia memulakan kerjayanya bukan sebagai penyanyi rap, tetapi sebagai pemain bola keranjang muda berjiwa besar semasa di bangku sekolah?

Bayangkan: Suga menempa nama di persada NBA! Walaupun dia memilih jalan yang berbeza, peminat masih percaya dia mampu menyaingi LeBron James dalam perlawanan kasual. Siapa tahu?

 

4. J-Hope – Raja Tarian

IMG 1387Bakat Tersembunyi: Tarian gaya bebas

Kebolehan menari J-Hope memang diketahui ramai tetapi bakat tarian gaya bebasnya menjadikan dia lebih menarik. Dia sering menunjukkan gerak tari yang mantap, membuatkan peminat tergila-gila, terutamanya dalam koreografi BTS.

 

5. Jimin – Peminat Taekwondo

IMG 1386

Bakat Tersembunyi: Seni Mempertahankan Diri

Sekarang, mari tengok apa yang menarik tentang Jimin, dinamo BTS! Anda mungkin mengenalinya kerana gerakan tarian kontemporarinya yang menakjubkan, tetapi inilah rahsianya – dia adalah peminat tegar seni mempertahankan diri sejak darjah 5!

Kecintaannya terhadap seni mempertahankan diri bukan hanya tidak diketahui, malah ia menambah dinamis kepada persembahan pentasnya yang sejatinya sudah sangat mengujakan. Ia lebih daripada tarian; ia tentang mempamerkan dedikasinya kepada disiplin yang jitu dan kecerdasan fizikal yang tinggi. Jimin, maestro seni mempertahankan diri K-pop kami!

 

6.  RM – Pakar Bahasa

IMG 1385Bakat Tersembunyi: Penguasaan Bahasa Inggeris

Walaupun bakat rap RM diiktiraf oleh banyak pihak, penguasaan Bahasa Inggerisnya sering dipandang ringan. Dia bukan hanya fasih; dia pakar lingustik! RM telah memukau kita dengan Bahasa Inggerisnya dalam pelbagai temu bual dan ucapan. Personanya seolah berubah apabila dia beralih bahasa.

Ingat tak kempen bersama UNICEF “Love Myself” pada 2018 atau Acara SDG Moment United Nations pada 2021? Kehebatannya berbicara dalam Bahasa Inggeris terserlah dan menjadi perhatian ramai. Jadi, inilah RM – dewa rap yang hebat berpujangga!

 

7. Jungkook – Manusia Serba boleh (Golden hands)

IMG 1384

Bakat Tersembunyi: “Golden hands”

Kehebatan anak muda serba boleh ini bukan hanya dalam bidang muzik. Jungkook cemerlang dalam pelbagai aktiviti, daripada sukan hinggalah memasak. Dia pakar semasa di dapur, menghasilkan pelbagai masakan lazat yang pasti membuatkan selera anda berdansa.

Tunggu dulu, ada lagi! Selain hebat bersukan dan memasak; dia juga berbakat dalam bidang seni. Melukis, mewarna, malah bermain dart – berilah apa sahaja, dia memang serba boleh! Inilah Jungkook, “Maknae Emas” kumpulan BTS, pujaan ramai.

Bersedialah untuk BTS Fever di Prime Video – Paparan Belakang Tabir dan Pengalaman Konsert Eksklusif!

Sekarang, ayuh bersedia untuk masa yang menyeronokkan! Prime Video bakal menjadi destinasi pilihan anda untuk kandungan dan pengalaman eksklusif menampilkan sensasi K-Pop kegemaran anda. Daripada dokumentari di sebalik tabir kepada rakaman konsert eksklusif!

Pastikan anda menonton BTS: Yet to Come yang akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video di Malaysia dan lebih 240 negara dan wilayah pada 9 November, 2023!

Dihasilkan oleh HYBE, CJ, dan 4DPlex, filem konsert itu memuatkan 19 persembahan lagu hit kumpulan bertujuh itu, seperti “Dynamite,” “Butter,” “RUN,” “MIC Drop” dan “Yet To Come (The Most Beautiful Moment)”.

Baca lagi: 12 Kdrama Ringan tentang Jejaka Chaebol dan Gadis Biasa
Baca juga: 10 Siri Distopia Terbaik Versi IMDb, Ada Attack on Titan