Home Artis Korea Lee Seo Jin Rasmi Tanda Tangan Kontrak dengan Agensi Antenna

Lee Seo Jin Rasmi Tanda Tangan Kontrak dengan Agensi Antenna

0

Pada hari Rabu, 1 Oktober 2023, agensi Antenna melalui akaun X (Twitter), mengumumkan bahawa pelakon Lee Seo Jin telah rasmi bergabung dengan mereka.

Lee Seo Jin menyertai Antenna selepas keluar dari Hook Entertainment.

Antenna merupakan syarikat produksi bagi kebanyakan artis-artis dengan nama besar di Korea. Agensi ini dibina pada 1997 oleh Yoo Hae Yeol.

1. Lee Seo Jin bergabung dengan Antenna selepas tamat kontrak dengan Hook Entertainment

Lee seo jinPada 28 September 2023, Hook Entertainment mengumumkan bahawa kontrak eksklusif Seo Jin telah berakhir. Dia memilih untuk tidak meneruskan kontrak. Seo Jin berpisah dengan Hook Entertainment selepas 13 tahun menjalin kerja sama.
Seo Jin kemudian dihampiri oleh pihak Antenna. Dia disahkan menyertai agensi pada 1 November 2023. Aktiviti Seo Jin dalam industri hiburan Korea di masa akan datang bakal dikelola oleh Antenna. Mereka meminta sokongan para peminat atas kerja sama yang baru terjalin ini.

 

2. Projek terbaru Lee Seo Jin

4ecfc2a5 3da4 4a7b bc86 ef5d4fda6111Selain berlakon, Seo Jin juga aktif muncul di berbagai-bagai variety show. Beberapa program yang pernah dibintanginya iailah seperti Grandpas Over Flowers, Three Meals a Day, Youn’s Kitchen, dan Jinny’s Kitchen. Variety show terbaru yang disertainya bertajuk Lee Seo Jin’s New York New York 2. Program ini tayang di YouTube.

Seo Jin disahkan akan menjadi pelakon utama dalam drama adaptasi novel bertajuk I a Gangster Become a High Schooler. Drama ini dikhabarkan akan ditayangkan pada tahun 2024.

 

3. Profil agensi Antenna

Lee soo jin
● Nama syarikat: Antenna
● Tahun diasaskan: 1977
● Pengasas: Yoo Hae Yeol
● Alamat: 32-10, Eunjo-ro 135-gil, Gangnam-gu, Seol Korea Selatan
● X (Twitter): @antennamusic
● Instagram: @antenna_official
● YouTube: @Antenna
● Website. antenna.co.kr

Antena menaungi ramai artis berbakat besar. Mereka adalah, Yoo Hae Yeol, Yoo Jae Suk, Lee Hyori, Lee Sang Soon, Jung Jae Hyung, Mijoo, Sam Kim, Jung Seung Hwan, Park Sae Byul, Kwon Ji Ah, Yun Seok Cheol, Juk Jae, Lee Sang Soon, Kyu Hyun, dan Lee Seo Jin.
Kyu Hyun Super Junior baru sahaja bergabung dengan Antenna pada bulan Ogos 2023. Seo Jin merupakan artis kedua yang direkrut pada tahun ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Lee Seo Jin! Semoga boleh bekerja sama dengan baik di Antenna!

Baca lagi: Kdrama: 10 Artis Korea Ini Bawa Watak Golongan Istimewa Pekak dan Bisu
Baca juga: Dispatch Terlibat Membongkarkan Skandal Buli 4 Artis Korea Ini