Home Artis Korea Dispatch Terlibat Membongkarkan Skandal Buli 4 Artis Korea Ini

Dispatch Terlibat Membongkarkan Skandal Buli 4 Artis Korea Ini

0

Dispatch dikenali sebagai media Korea Selatan yang selalu mendedahkan laporan eksklusif tentang kontroversi dan juga gosip percintaan para artis.

Terbaru, pada 6 September 2023 mereka mendedahkan laporan tentang tuduhan kes buli yang dilakukan oleh Kim Hieora semasa bersekolah.

Sebelum ini, Dispatch juga pernah terlibat dalam membongkar tuduhan skandal buli beberapa orang artis Korea. Mereka melakukan temu bual dengan orang-orang yang berpotensi menjadi saksi dan juga mendedahkan sejarah chatting (perbualan) berkaitan kes buli tersebut.

Siapakah artis yang telah didedahkan oleh Dispatch?

 

1. Kim Hieora

Dispatch Pada Rabu, 6 September 2023, Dispatch telah mendedahkan laporan tentang tuduhan tindakan buli yang dilakukan oleh Kim Hieora semasa zaman sekolah. Pelakon wanita yang baru sahaja membintangi The Uncanny Counter 2 itu dituduh menyertai kumpulan pembuli terkenal yang dikenali sebagai Big Sangji di Sekolah Menengah Sangji, Wonju.

Melalui laporan tersebut, Big Sanji dikatakan sering melakukan buli, peras ugut, dan juga melakukan serangan terhadap para pelajar. Dispatch juga mendapat pengakuan beberapa orang mangsa Big Sangji. Mereka mengatakan kumpulan tersebut suka meminta wang daripada setiap mangsa untuk membeli rokok, alkohol, karaoke, dan juga untuk membeli hadiah kepada teman lelaki mereka.

Beberapa orang saksi yang dihubungi oleh Dispatch mengatakan bahawa watak Kim Hieora dalam The Glory (2022–2023) sangat sesuai dengannya dan memang menggambarkan perilaku sebenarnya semasa zaman sekolah. Seperti yang kita ketahui, pelakon wanita ini membawa watak sebagai seorang pembuli dalam drama tersebut.

Walaupun begitu, Kim Hieora membantah keras beberapa tuduhan dari Dispatch. Dia mengaku menyertai kumpulan Big Sangji, tetapi tidak pernah melakukan keganasan buli. Kim Hieora merasa menyesal kerana selama ini dia hidup sebagai orang yang menjadi saksi buli tanpa melakukan apa pun.
Kes yang didedahkan ini masih berlangsung dan sedang disiasat lebih lanjut dan mendalam. Kesannya, penampilan Kim Hieora untuk SNL Korea telah dibatalkan.

 

2. Nam Joo Hyuk

a3cc7dac e707 4349 bffe b81ccb43e76cPada tahun 2022, Nam Joo Hyuk dituduh melakukan keganasan buli pada zaman sekolahnya. Seseorang yang melaporkan pelakon tersebut mengatakan bahawa Nam Joo Hyuk melakukan tindakan tersebut dari zaman sekolah menengah rendah hingga sekolah menengah atas. Dia dituduh sebagai pembuli yang kejam hingga mangsanya terpaksa menjalani terapi psikiatri.

Terdapat dua orang mangsa yang melaporkan Nam Joo Hyuk. Mereka mengaku pernah disuruh untuk membelikan snack dan juga diminta bertengkar dengan pelajar lain atau sparring. Agensi pada waktu itu membantah tuduhan tersebut, tetapi sentimen orang ramai terhadap Nam Joo Hyuk telah menjadi buruk.

Dispatch sangat serius dalam mengungkap kebenaran tentang kes Nam Joo Hyuk. Mereka menemu bual 20 orang saksi, di antaranya adalah 18 orang rakan kelas sewaktu di sekolah menengah, serta 2 orang guru yang pernah menjadi guru kelasnya.

Kawan-kawan Nam Joo Hyuk mengatakan bahawa tuduhan-tuduhan tersebut tidak masuk akal. Sebab utama adalah kerana di sekolah mereka, tidak ada budaya buli kerana para guru sangat tegas terhadap para pelajar waktu itu. Mereka juga mengatakan bahawa Nam Joo Hyuk hanyalah seorang pelajar yang menyukai sukan.

Siasatan terhadap kes buli yang melibatkan Nam Joo Hyuk juga masih berlangsung walaupun dia kini sedang menjalani latihan ketenteraan wajib. Agensi juga terus membantah tuduhan yang dihadapi oleh artis ini.

 

3. Taeyong NCT

14fa38ef 7bad 4b72 bf31 11ea06b9ed6fPada tahun 2019, Taeyong NCT juga pernah dituduh sebagai pembuli sewaktu dia di bangku sekolah menengah rendah iaitu pada usia 14 tahun. Seseorang yang mengaku sebagai mangsa buli Taeyong (A) mengatakan bahawa ahli kumpulan NCT tersebut menghinanya secara fizikal dan mempunyai sifat serta perangai yang buruk.

Selepas itu, Taeyong mengaku sudah bertemu dengan A untuk meminta maaf secara peribadi. Namun, seorang pemberi maklumat lain mengatakan bahawa Taeyong tidak meminta maaf secara jujur dan bertindak sombong. Dia mendedahkan bukti berupa tangkap layar percakapan di Kakaotalk. Dispatch menyiasat kesaksian dari pemberi maklumat yang disebut sebagai “B” itu.

Menurut Dispatch,percakapan Kakaotalk yang dikongsi oleh B telah diedit hingga Taeyong kedengaran sangat sombong. Mereka menambah bahawa sebenarnya Taeyong dan A sudah berbaik sekian lama. Dispatch juga mengemukakan bukti bahawa Taeyong menepati janjinya terhadap A untuk menebus kesalahan. Waktu itu, A meminta Taeyong untuk melakukan kerja sukarela dan memberi derma. Gara-gara kesaksian yang salah tersebut, SM Entertainment telah mendakwa B mengikut saluran undang-undang.

 

4. Park Hye Soo

2586965a 7d57 44ba a445 502e39d7c8bfPark Hye Soo terpalit kontroversi buli pada tahun 2021. Pelakon wanita ini dituduh membuli beberapa orang rakan sekolahnya dan melakukan kekerasan di ruang karaoke dan sebuah ruangan bawah tanah. Dalam kes ini, Dispatch terlibat dalam membongkar percakapan antara Park Hye Soo dan kawannya yang mengaku sebagai mangsa.

Media tersebut melaporkan bahawa ternyata beberapa orang yang membuat laporan terhadap Park Hye Soo adalah bohong dan palsu. Bahkan salah seorang dari mereka sebenarnya adalah kawan baik pelakon tersebut sendiri. Walaupun begitu, beberapa orang kawan sekolah Park Hye Soo mengatakan bahawa pelakon wanita itu memang pernah membuli semasa zaman sekolahnya.

Kebenarannya memang sukar untuk dibuktikan kerana semua bukti yang ada adalah tidak kukuh. Pihak agensi Park Hye Soo terus membantah tuduhan yang dihadapi oleh artis mereka.

Melihatkan beberapa buah kes yang menimpa para artis di atas, Dispatch memang mempunyai kemahiran dalam membongkar kebenarannya. Beberapa kali, laporan dari media ini juga membuktikan bahawa tuduhan buli terhadap segelintir artis ini ternyata salah.

Baca lagi: Lagi-lagi Kim Hieora, 5 Tuduhan Kes Buli dan Mencuri, Mengejutkan
Baca juga: Dispatch Dedahkan Kim Hieora Adalah Pembuli Semasa Di Sekolah