Home Artis Korea Dispatch Dedahkan Kim Hieora Adalah Pembuli Semasa Di Sekolah

Dispatch Dedahkan Kim Hieora Adalah Pembuli Semasa Di Sekolah

0

Berita mengejutkan datang dari pelakon wanita Kim Hieora.

Nama Kim Hieora terus meledak selepas membintangi drama The Glory dan juga The Uncanny Counter 2. Namun, kini pelakon ini terpalit berita kurang enak apabila dia dikatakan pernah menyertai kumpulan pembuli semasa zaman persekolahnya.

Kes ini telah didedahkan oleh media Korea Selatan Dispatch pada 6 September 2023. Pelakon ini membantah berita tentang kes buli tersebut walaupun ada banyak kenyataan dari para mangsa, jom lihat maklumat selengkapnya di bawah ini!

1. Dispatch dedahkan Kim Hieora menyertai kumpulan pembuli sekolah

Kim hieoraKim bergabung dengan kumpulan yang dikenali sebagai Big Sanji semasa bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju. Dipetik dari Dispatch, Big Sanji merupakan kumpulan pembuli yang terkenal melakukan serangan, buli, dan juga peras ugut.

Selain itu, Dispatch juga mendedahkan beberapa kenyataan yang didakwa merupakan dari para mangsa. Ada mangsa yang mengaku terpaksa membeli rokok atas suruhan Kim Hieora hingga kes mencuri bersama saudaranya yang cukup terkenal.

 

2. Kim Hieora membantah berita kes buli tersebut

fc0ad6db ff66 4d74 95a3 bc37fe7d04cdWalaupun mengaku pernah menyertai kumpulan Big Sangji, tetapi Kim membantah tuduhan merokok semasa sekolah. Selain itu, Kim juga menegaskan dira tidak pernah melakukan sebarang aktiviti buli.

“Ya, saya memang bukan pelajar yang baik semasa di sekolah menengah.saya banyak melakukan kesalahan, tetapi Big Sangji bukan kumpulan pembuli. Waktu itu, kumpulan tersebut terkenal mempunyai komuniti online dengan kawan-kawan yang terlibat. Big Sangji adalah nama komuniti online. Itu bukan tempat rahsia untuk para pembuli sahaja,” kata Kim Hieora.

Pelakon wanita itu mengaku bahawa dia bergaul dengan kawan-kawannya di Big Sangji. Dia juga menceritakan bahawa pernah dipukul oleh pelajar senior tanpa alasan, tetapi membantah dia pernah memukul junior atau kawan sekolahnya.

“Pelajar kelas 9 tiba-tiba meminta 100 ribu won dari kami. Kami tidak ada banyak masa, jadi kami mengumpulkan 50 ribu won dari kumpulan kami di kelas 8 dan 50 ribu won lagi dari pelajar-pelajar kelas 7. Saya mengaku bahawa saya menyaksikan itu semua dan saya minta maaf.

Namun saya tidak pernah ambil bahagian dalam kekerasan secara verbal atau secara fizikal. Kenapa pula nama saya muncul di sana? Adakah saya rapat dengan anda waktu itu? Perkara apa yang sedang saya lalui ini? Saya tidak mengerti. Mungkin saya tidak terlalu mengambil peduli, kerana junior dibuli pada waktu. Jika diingat-ingat lagi, kesalahan terbesar saya adalah saya hanya menjadi penonton sahaja,” jelasnya.

3. Dispatch mendedahkan faktor baru tentang berita Kim Hieora sebagai pembuli

ee17a811 76a8 462b 8d18 536e87e2239aDispatch juga mendedahkan bahawa liputan tentang kes buli yang dilakukan oleh Kim sudah selesai sejak akhir Jun lalu. Namun, berita ini baru didedahkan sekarang kerana Kim Hieora bimbang tentang drama The Uncanny Counter 2 yang baru dibintanginya.

“Saya tidak ingin menimbulkan masalah untuk drama ini semata-mata kerana kehidupan peribadi saya,” kata Kim Hieora.

Hingga kini, belum ada pengesahan lain dari pihak agensi Kim Hieora. Pelakon ini sendiri memang baru sahaja membintangi drama The Uncanny Counter 2 yang selesai ditayangkan pada awal September lalu.

Benarkah Kim Hieora seorang pembuli?

 

Baca lagi: 10 Pilihan Filem Aksi Korea Adaptasi Webtoon, Mesti Tonton
Baca juga: 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton