Home Entertainment 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton

5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton

0

Ramai peminat dan penonton menganggap bahawa Kdrama siri dari Korea sebagai hiburan, kebanyakkannya tidak kisah dengan jalan cerita, yang penting boleh menikmatinya dengan aman dan santai.

Drama siri dari Korea Selatan sendiri mempunyai banyak genre menarik dengan kisah yang ringan hingga ke jalan cerita yang berat. Rugi jika dilepaskan untuk tontonan.

Jom sama-sama kita lihat 5 Kdrama siri Korea yang boleh ditonton di Viu pada September ini.

 

1. My Lovely Liar

Kdrama

My Lovely Liar ialah Kdrama siri komedi romantis yang menjamin keseronokan, menggambarkan percintaan antara Mok Sol Hee yang boleh mengesan penipuan, dan komposer terkenal, Kim Do Ha, yang menyimpan satu rahsia.

My Lovely Liar juga menyajikan kombinasi dua genre iaitu romantik dan misteri yang dikemaskan dengan komedi dan juga aksi-aksi supernatural.

My Lovely Liar menceritakan tentang seorang gadis muda Mok Sol Hee dengan kemampuan supernaturalnya. Mok Sol Hee adalah gadis yang susah mempercayai orang lain kerana dia sendiri memiliki kemampuan untuk mengesan pembohongan orang lain. Namun, pertemuannya dengan seorang lelaki misteri yang disalah tuduh atas satu kes pembunuhan mengubah rentak kisah asal Mok Sol Hee.

Dalam My Lovely Liar, Kim So Hyun dipasangkan dengan Hwang Min-hyun yang membawa peranan sebagai Kim Do Ha, lelaki misteri yang disalah tuduh atas kes pembunuhan. Dalam drama ini, kedua mereka menunjukkan chemistry yang menarik antara satu sama lain.

Kemampuan yang dimiliki Mok Sol Hee ini juga dimanfaatkan untuk membantu para pelanggan yang memerlukan khidmatnya. Dari sini, Mok Sol Hee juga dapat menjana pendapatan dan membuat simpanan.

Inginkan kdrama yang ringan dengan gelagat comel dari Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun? Jom tonton My Lovely Liar disini

 

2. Cold Blooded Intern

IMG 3377

Dibintangi oleh Ra Mi Ran (The Good Bad Mother) dan Eom Ji Won (Little Women), drama 12 episod ini mengisahkan tentang dua wanita yang mengikuti laluan kerjaya yang berbeza dan bertemu semula selepas tujuh tahun.

Kdrama yang membawa genre komedi, kehidupan dan konflik tempat kerja ini mengisahkan Go Hae Ra, seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang ingin kembali bekerja selepas menghabiskan tujuh tahun membesarkan anaknya.

Selepas pergi untuk temuduga di “Market House,” dia bertemu dengan bekas rakan sekerjanya dahulu Choi Ji Won (Uhm Ji Won) yang kini merupakan Pengarah Perancang Produk di syarikat tersebut. Choi Ji Won menawarkan jawatan intern dan kemudian memutuskan untuk mengambil Go Hae Ra untuk diserap ke bahagian perancangan produk.

Choi Ji Won adalah seorang yang berjawatan tinggi dan mempunyai kuasa di dalam syarikat itu. Dia mempunyai sikap kepimpinan yang tegas dan kepercayaan diri yang tinggi. Dia menawarkan janji-janji yang manis kepada Go Hae Ra, namun bersikap kejam dan mempunyai maksud tersembunyi terhadap Go Hae Ra.

Layan Cold Blooded Intern disini

 

3. Something In The Rain

IMG 3382 scaled

Something in The Rain merupakan Kdrama siri Korea yang dibintangi Son Ye Jin dan Jung Hae In sebagai bintang utamanya. Drama siri yang terdiri dari 16 episod ini mengisahkan hubungan pasangan kekasih yang terpaut dengan perbezaan umur yang cukup jauh serta memiliki permasalahan keluarga masing-masing.

Something in The Rain menceritakan tentang Yoon Ji Ah (Son Ye), seorang wanita bekerjaya berusia 30 tahun. Ji Ah bekerja sebagai supervisor di sebuah syarikat kopi Korea Selatan. Ji Ah seorang yang mudah bergaul dan ramah. Walaupun begitu, Ji Ah juga cenderung cuai dalam perilaku, ini juga menyebabkan hubungannya dengan mana-mana lelaki tidak dapat kekal lama.

Sehinggalah satu pertemuan mengejutkan antara dia dan Seo Joon Hae (Jung Hae In) yang merupakan adik kepada sahabat Ji Ah, iaitu Seo Kyung Sun (Jang So Yeon). Malah Ji Ah juga menganggap seperti adiknya sendiri. Joon Hee yang sebelum ini belajar di Amerika Syarikat, dan kepulangannya ke Korea membuatkan Ji Ah teruja kerana ternyata Joon Hee banyak berubah walaupun baru berusia 20 tahun.

Kembalinya Joon Hee dari Amerika Syarikat membuat keduanya kerap bertemu. Sering menghabiskan waktu bersama, hubungan di antara keduanya pun semakin rapat dan mula menimbulkan perasaan lain yang lebih dari sekadar teman biasa.

Namun, hubungan di antara keduanya tidak disukai oleh orang-orang di sekeliling mereka kerana perbezaan usia keduanya yang cukup jauh. Selain itu, Ji Ah dan Joon Hee juga masing-masing mempunyai hubungan kurang baik dengan orang tua mereka.

Tonton Something In The Rain disini

 

4. Yumi’s Cells

IMG 3376

Drama yang diadaptasi dari webcomic dari Lee Dong Gun yang bertajuk Yumi’s Cells ini merupakan Kdrama lakonan pelakon popular Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun.

Menceritakan tentang Yu Mi (Kim Go Eun) seorang wanita yang tidak pandai menunjukkan perasaannya. Melalui hubungan cinta dan pekerjaan, perasaan dia berkembang dan dia mula merasai pelbagai perasaan.

Di dalam otak Yu Mi ada satu sel yang menunjukkan emosi yang berlainan seperti sayang, kekerasan, rasional, buruk dan baik. Sel yang sedikit ini sangat aktif dalam otak Yu Mi dan sel ini yang akan menangani masalah dan emosinya.

Melalui drama ini kita dapat melihat emosi Yu Mi berubah apabila dalam hubungan dengan teman-teman lelaki dan rakan sekerjanya.

Sel cintanya juga sendiri tanpa diduga mencetuskan kembali hubungan Yu Mi dengan rakan sekerjanya Goo Woong, dimana mereka berdua mula tertarik dan mendapati diri mereka semakin rapat.

Tetapi adakah usaha kumpulan kecil sel ini benar-benar mencukupi untuk menyatukan dua hati ini selama-lamanya?

Binge-watch kesemua 14 episod Kdrama siri ini bermula pada 17 September ini disini

 

5. The Escape Of The Seven Musim 1

IMG 3337

“7 Escape” atau dikenali sebagai “The Escape of The Seven” ialah projek terbaru daripada penulis Kim Soon Ok dan pengarah Joo Dong Min, kedua-duanya pernah menggarap Kdrama popular “The Penthouse” dan “The Last Empress”. Karya mereka ini dijangka membawa satu lagi siri sensasi.

7 Escape akan menampilkan gabungan pelakon bertaraf bintang, termasuk Uhm Ki Joon dari “The Penthouse”, Lee Joon dari “The Silent Sea” dan Lee Yu Bi dari “Yumi’s Cells”. Deretan bintang lain yang turut terlibat adalah Jo Yoon Hee, Hwang Jung Eum serta Yoon Jong Hoon dan Shin Eun Kyung.

7 Escape adalah Kdrama jenayah thriller misteri tentang balas dendam yang memfokuskan kepada 7 orang yang terlibat dalam kehilangan seorang gadis muda, pengkhianatan dan penipuan yang menyelubungi kejadian itu.

7 orang tersebut termasuklah usahawan, para CEO, bekas penjenayah, ikon wannabe, pakar OBGYN, dan guru. 7 orang ini erlibat dengan kejadian misteri seorang gadis muda yang hilang. Ketika mereka berusaha untuk melarikan diri dari takdir mereka dan mencari realiti, mereka terjerat dalam misteri, pembohongan, dan nafsu keinginan dalam kisah balas dendam ini.

Drama siri ini akan ditayangkan bermula pada 15 September, dengan setiap episod baharu disiarkan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jom lihat trailernya disini


Baca lagi: 2 Filem Korea Baru Yang Boleh Ditonton di Viu Ogos Ini
Baca juga: “My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara


Pastikan anda tidak terlepas dari menonton kesemua kdrama yang disenaraikan diatas ini di Viu pada bulan September ini.

Langgan Viu Premium untuk menonton filem ini tanpa sebarang gangguan iklan.