Home Entertainment 2 Filem Korea Baru Yang Boleh Ditonton di Viu Ogos Ini

2 Filem Korea Baru Yang Boleh Ditonton di Viu Ogos Ini

0

Merasa bosan tidak tahu filem Korea apa yang hendak ditonton? Jangan bimbang! Kerana platform streaming Viu telah menyajikan sederet filem Korea terbaru untuk tontonan anda semua.

Berikut merupakan 2 filem pilihan untuk tontonan peminat filem Korea di Viu yang tayang pada bulan Ogos 2023 ini. Jom kita semak!


The Devil’s Deal (2023)

Filem korea

Filem Korea “The Devil’s Deal” merupakan karya terbaru Lee Won Tae setelah mengarahkan filem The Gangster, The Cop, The Devil, yang pernah ditayangkan di Cannes. Filem tersebut juga mengusung tema politik berbalut korupsi, dimana ia berhasil mendapat sambutan hangat.

The Devil’s Deal mengisahkan tentang perebutan kuasa, wang dan maruah yang penuh konspirasi, pengkhianatan, dan tipu muslihat politik dalam filem “Devil’s Deal”. Yang pasti filem ini mampu membangkitkan adrenalin sehingga merasa terpaku ketika melihat gambaran taktik-taktik kotor demi mendapatkan kuasa.

Berlatarbelakangkan Kota Busan, filem ini berkisarkan tentang konflik dan permusuhan antara 3 orang lelaki yang terlibat dalam konspirasi politik.

Mereka ialah Hae Woong (Cho Jin Woong), ahli politik dan calon Ahli Majlis Nasional, Kwon Sun Tae (Lee Sung Min) ahli politik yang mempunyai pengaruh dan kuasa kuat, dan Kim Pil Do (Kim Mu Yeol), ketua gangster.

Menjelang pilihan raya umum 1992, Jeon Hae Woong yang merupakan seorang ahli politik di Busan, ingin menjadi Ahli Majlis Nasional. Namun akhirnya dia harus tarik diri kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Kwon Sun Tae.

Bagi mendapatkan semula kuasa dan haknya kembali, Hae Woong bekerjasama dengan ketua gangster Kim Pil Do. Memandangkan Kwon Sun Tae menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkannya, Hae Woong juga tidak ragu-ragu untuk melakukan perkara yang sama.

Dapatkah Hae Woong menyelongkar semua konspirasi kejahatan sebenar yang dilakukan oleh Kwon Sun Tae dan mendapatkan kembali haknya?

Tonton “Devil’s Deal” disini

IMG 1380

Crazy Romance

IMG 1363 scaled

Satu lagi filem korea yang anda pasti tidak ingin terlepas ialah “Crazy Romance”, dibintangi dua pelakon ternama Kim Rae Won dan Gong Hyo Jin. Selain itu, filem ini juga dibintangi Joo Min-Kyung, Kang Ki Young, Jang So Yeon dan Jung Woong In.

Kali terakhir Kim Rae Won dan Gong Hyo Jin dilihat berlakon sama dalam drama klasik MBC bertajuk “Snowman” pada 2003.

Filem komedi romantik ini menceritakan kisah jatuh cinta, perpisahan yang menyakitkan, dan mencari cinta semula. Kisah dalam “Crazy Romance”  juga sangat berkaitan dalam kehidupan sebenar untuk mereka yang pernah mengalami putus cinta.

Berkisarkan Jae Hoon (Kim Rae Won) yang ditinggalkan dan dikecewakan oleh bekas tunangnya pada hari perkahwinan mereka. Sementara itu, Sun Young (Gong Hyo Jin) sedang berhadapan konflik dengan perselingkuhan teman lelakinya dan ingin berpisah dengannya. Tetapi teman lelakinya terus mengganggu Sun Young dan tidak ingin berpisah.

Siapa sangka dua insan yang disakiti ini akhirnya ditemukan dalam satu tempat kerja yang sama, syarikat pengiklanan tempat Jae Hoon bekerja. Sun Young yang baharu sahaja diterima kerja disitu harus berdepan dengan karenah Jae Hoon setiap hari.

Pada suatu malam, Jae Hoon yang sedang mabuk tidak sengaja menelefon Sun Young. Namun keesokannya dia tidak mengingatinya. Setelah itu, persahabatan mereka berkembang apabila kedua-duanya menyedari bahawa mereka mempunyai banyak persamaan.

Tetapi ia tidaklah semudah itu untuk mereka menyembuhkan luka yang masih berparut dihati masing-masing. Ditambah pula dengan pelbagai sifat dan karenah rakan sekerja, mereka harus berhati-hati dalam hubungan mereka.

Mampukah Jae Hoon dan Sun Young “move on” dan menemukan cinta baharu?

Tonton “Crazy Romance” disini

IMG 1361 scaled

Pastikan anda tidak terlepas dari menonton semua filem Korea terbaru yang disenaraikan diatas ini di Viu pada bulan Ogos ini.

Langgan Viu Premium untuk menonton filem Korea ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: “My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara
Baca juga: Military Prosecutor Doberman: Ahn Bo Hyun Memukau Sebagai “Pendakwa Tentera” Yang Menuntut Keadilan