Home Artis Korea “My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara

“My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara

0

Menurut Rakuten Viki, platform OTT global yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, drama tvN My Lovely Liar, yang dibintangi oleh Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun, telah memperoleh kedudukan penonton teratas di negara-negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Australia, New Zealand, Brazil dan Mexico.

IMG 0471

Pencapaian ini menjadi lebih luar biasa apabila My Lovely Liar mendapat tempat teratas dalam kedudukan penonton dalam minggu pertama tayangannya di 127 daripada 137 negara. Dengan 16 episodnya, apabila hubungan antara Mok Sol Hee (Kim So Hyun) dan Kim Do Ha (Hwang Min Hyun) semakin mendalam, sambutan di luar negara dijangka menjadi lebih hangat apabila cerita itu berjalan. (Sumber)

Bagi yang baharu sahaja ingin memulai menonton drama siri ini, My Lovely Liar ialah drama siri komedi romantis yang menjamin keseronokan, menggambarkan percintaan antara pengesan pembohongan Mok Sol Hee, dan komposer cemerlang, Kim Do Ha, yang menyimpan rahsia gelap.

Sebelum menonton, ada beberapa fakta menarik tentang My Lovely Liar yang perlu anda tahu. Fakta menarik drama ini termasuklah sinopsis sehingga karakter para pelakon utamanya.

IMG 0464

My Lovely Liar yang ditayangkan sejak 31 Julai lalu di Viu ini menceritakan tentang seorang gadis muda dengan kemampuan supernaturalnya.

IMG 0469

Fakta Menarik My Lovely Liar

1. Membawa tema dan genre Romantik Misteri

IMG 0462

My Lovely Liar menyajikan kombinasi dua genre iaitu romantik dan misteri yang dikemas dengan komedi dan juga aksi-aksi supernatural.

Memfokuskan gadis bernama Mok Sol Hee yang memiliki kemampuan supernatural. Mok Sol Hee adalah gadis susah mempercayai orang lain kerana dia sendiri memiliki kemampuan untuk mengesan pembohongan orang lain. Namun, pertemuannya dengan seorang lelaki misteri yang disalah tuduh atas satu kes pembunuhan bakal mengubah rentak kisah asal Mok Sol Hee.

2. Comeback Kim So-hyun setelah 2 tahun menyepi

IMG 0463

Karakter yang dilakonkan oleh Kim So Hyun sebagai Mok Sol Hee menjadi drama comeback Kim So Hyun setelah dua tahun menyepi. Kali terakhir, Kim So Hyun dilihat membintangi drama siri Netflix Love Alarm dan Where the Moon Rises pada 2021 lalu.

3. Chemistry yang mengagumkan

My lovely liar

Dalam My Lovely Liar, Kim So Hyun dipasangkan dengan Hwang Min-hyun yang membawa peranan sebagai Kim Do Ha, lelaki misteri yang disalah tuduh atas kes pembunuhan. Dalam drama ini, kedua mereka menunjukkan chemistry yang menarik antara satu sama lain.

Kemampuan yang dimiliki Mok Sol Hee ini juga dimanfaatkan untuk membantu para pelanggan yang memerlukan khidmatnya. Dari sini, Mok Sol Hee juga dapat menjana pendapatan dan membuat simpanan.

IMG 0468

Suatu hari, Mok Sol Hee bertemu dengan lelaki misteri juga merupakan jiran apartmentnya. Lelaki bernama Kim Do Ha ini menunjukkan sikap yang aneh dan penuh misteri, ditambah pula dengan penampilannya dengan menutupi dirinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Rupanya, Kim Do Ha sedang menyembunyikan identiti dirinya.

Kedengaran menarik? Episod terbaru My Lovely Liar ini boleh anda tonton setiap hari Isnin dan Selasa di Viu ya! Jangan ketinggalan!


Baca lagi: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”
Baca juga: Cold Blooded Intern, 3 Fakta Mengapa Menarik Mengapa Wajib Tonton Kdrama Ini