Home Entertainment Cold Blooded Intern, 3 Fakta Mengapa Menarik Mengapa Wajib Tonton Kdrama Ini

Cold Blooded Intern, 3 Fakta Mengapa Menarik Mengapa Wajib Tonton Kdrama Ini

0

Cold Blooded Intern bakal menyaksikan Ra Mi Ran dalam watak terbarunya sebagai “Pelatih Berdarah Dingin”!

Diarahkan oleh pengarah Han Sang Jae (You Who Forgot Poetry) dan skrip oleh penulis Park Yeon Kyung (The Sound of Your Heart Reboot), Cold Blooded Intern akan mula disiarkan pada 11 Ogos dengan episod baru setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Cold blooded intern

Dibintangi oleh Ra Mi Ran (The Good Bad Mother) dan Eom Ji Won (Little Women), drama 12 episod ini mengisahkan tentang dua wanita yang mengikuti laluan kerjaya yang berbeza dan bertemu semula selepas tujuh tahun.

3 FAKTA MENARIK “COLD BLOODED INTERN”

IMG 9678


1. Jalan Cerita Menarik dan Mencemaskan

IMG 9685

Drama yang membawa genre komedi, kehidupan dan konflik tempat kerja ini mengisahkan Go Hae Ra, seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang ingin kembali bekerja selepas menghabiskan tujuh tahun membesarkan anaknya.

Selepas pergi untuk temuduga di “Market House,” dia bertemu dengan bekas rakan sekerjanya dahulu Choi Ji Won (Uhm Ji Won) yang kini merupakan Pengarah Perancang Produk di syarikat tersebut. Choi Ji Won menawarkan jawatan intern dan kemudian memutuskan untuk mengambil Go Hae Ra untuk diserap ke bahagian perancangan produk.

Dia menawarkan janji-janji yang manis namun bersikap kejam dan mempunyai maksud tersembunyi terhadap Go Hae Ra. “Jika kau berjaya melakukankannya, aku akan mengembalikan jawatan kau sebagai Pengurus,” katanya.

IMG 9687

Sebelum ini, Go Hae Ra dan Choi Ji Won pernah bekerja bersama di sebuah syarikat lain. Dengan karisma dan kemampuan kepimpinannya, Choi Ji Won berjaya menjadi seorang wanita bekerjaya yang mempunyai kuasa dan pangkat tinggi di Market House. Untuk mengekalkan kedudukannya, Choi Ji Won juga menggunakan segala cara untuk mengekalkan jawatan di syarikatnya.

IMG 9690

Walaupun Go Hae Ra mengalami konflik dalaman saat dia menerima tawaran Choi Ji Won,  Go Hae Ra cuba menghadapinya dengan menggunakan pengalamannya selama bertahun-tahun dalam kehidupan sosial.

IMG 9695

Baca juga: “Durian’s Affair” – Mengapa Perlu Tonton Kdrama Ini?

2. Karakter Menarik dari 2 Pelakon Serba Boleh


KARAKTER RA MI RAN

IMG 9688Tanpa mengira genre, Ran Mi Ran, secara konsisten mempamerkan kebolehannya untuk menjelmakan pelbagai watak, menjadikannya terkenal sebagai Ratu Segala Watak. Dengan daya tarikannya yang serba boleh, Ra Mi Ran mengambil peranan baru dalam drama Cold Blooded Intern yang juga dipanggil  sebagai Cruel Mrs. Ae Ran.

Ran Mi Ran sebagai Go Hae Ra merupakan seorang suri rumah yang kembali kepada pekerjaannya sebagai pelatih berpengalaman. Malah sebelum ditayangkan, wataknya sudah menjadi topik hangat.

Dalam Cold Blooded Intern, Ra Mi Ran akan menggambarkan realiti pahit seorang ibu yang kembali bekerja dalam usia 40-an, mengimbangi kerjaya dan kehidupan keluarganya, sekaligus  kepada semua penonton.

KARAKTER UHM JI WON

IMG 9686Uhm Ji Won yang juga dikenali sebagai seorang pelakon senior yang memberi pengalaman luar biasa dalam lakonannya ketika membintangi drama siri dan sekuel filem The Cursed, drama siri Birthcare Center serta Little Women.

Dalam drama ini, Uhm Ji Won memegang watak sebagai Choi Ji Won, seorang Pengarah Perancang Produk di syarikat Market House. Choi Ji Won adalah seorang yang berjawatan tinggi dan mempunyai kuasa di dalam syarikat itu. Dia mempunyai sikap kepimpinan yang tegas dan kepercayaan diri yang tinggi.

Baca juga: My Lovely Liar, Jom Bekerja sebagai Liar Hunter

3. Gandingan Hebat 2 Watak Utama

IMG 9692

Ra Mi Ran dan Uhm Ji Won sama-sama merupakan pelakon wanita senior di Korea dengan kemampuan lakonan yang luas biasa, dan ini gandingan hebat kedua-duanya di Cold Blooded Intern ini tidak harus diketepikan. Apatah lagi ini adalah perubahan watak baru Ra Mi Ran setelah menamatkan lakonannya yang meninggalkan kesan dalam The Good Bad Mother pada Jun lalu.

Ra Mi Ran juga dipuji kerana memiliki kemampuan lakonan unik yang selalu berhasil membuat penonton terkesan dengan karakternya. Diharapkan kisah Gi Hae Ra seorang ibu dan intern yang mengalami kehidupan kerja yang keras pada usia 40-an dapat memberikan perasaan berkecamuk dan hiburan tersendiri bagi penonton nanti!

Jalan cerita yang menarik bersama lakonan pelakon popular, semestinya menjadikan drama ini wajib tonton! Pastikan anda tidak ketinggalan dari menonton Cold Blooded Intern yang akan mula ditayangkan pada 11 Ogos 2023, hanya di Viu