Home Entertainment My Lovely Liar, Jom Bekerja sebagai Liar Hunter

My Lovely Liar, Jom Bekerja sebagai Liar Hunter

0

Apa yang korang akan lakukan kalau korang mempunyai kebolehan untuk mengetahui seseorang itu sedang berbohong atau bercakap dengan jujur?

Adakah ianya satu kelebihan atau sebenarnya sumpahan bagi korang?

Itulah kebolehan yang dimiliki oleh watak utama drama terbaru dari Viu Original,  My Lovely Liar.

daebaking.co my lovely liar 2

My Lovely Liar adalah drama terbaru dari Korea Selatan , arahan pengarah terkenal Nam Sung Woo yang pernah mengarahkan drama hit Korea Selatan seperti Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo , My Roommate Is A Gumiho dan Love In Contract.

Dibarisi oleh pelakon berbakat Korea Selatan seperti :

  • Kim So Hyun sebagai Mok Sol-Hee
  • Hwang Min Hyun sebagai Kim Do-Ha
  • Seo Ji Hoon sebagai Lee Gang-Min
  • Lee Si Woo sebagai Syaon

daebaking.co my lovely liar

Kim So Hyun , satu nama yang tidak perlu dikenalkan lagi di dalam industri lakonan di Korea Selatan. Memulakan kerjaya di dalam bidang lakonan seawal usia 7 tahun, dia mula terkenal dengan lakonannya di dalam drama Moon Emberacing The Sun.

Kim juga telah diberikan gelaran “Nations Little Sister” dan malah dikatakan sebagai generasi terbaru “Nation’s First Love” menjadikan dia sebaris dengan bintang Hallyu yang lain.

Baca lagi: 4 Drama Terbaru dari 4 Negara

daebaking.co my lovely liar 2
Hwang Min Hyun pula merupakan bekas idol kumpulan NU’EST. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti show Producer 101 dan menyertai kumpulan Wanna One.

Korang yang minat kumpulan Wanna One dan NU’EST mesti nak tengok Hwang Min Hyun kan ?

my lovely liar

Drama My Lovely Liar ini mengisahkan Mok Sol Hee (Kim So Hyun) yang mempunyai kebolehan untuk mengetahui jika seseorang itu berbohong atau jujur.

Mungkin itu dianggap sebuah kebolehan namun bagi Mok Sol Hee ianya merupakan satu sumpahan kepada dirinya.

PrtScr capture 4

Dia mula menyedari kebolehannya sejak dari kecil apabila dia akan mendengar satu bunyi di dalam telinganya apabila seseorang berbohong padanya.

Baca lagi: 4 Watchlist Hujung Minggu Anda Bersama Viu

Khabar angin mengatakan dia mendapat kebolehannya kerana ibunya sering ke ritual agama semasa mengandungkannya untuk meminta anak di dalam kandungannya akan mendapat kebolehan.

PrtScr capture 5

Namun meminta kebolehan yang tidak perlu mengunakan wang kerana latar belakang keluarga mereka yang miskin.

daebaking.co my lovely liar 3 e1691546192509
Namun apabila dia memasuki sekolah menengah dia mula menyedari dia boleh mengunakan kebolehannya untuk kegunaannya dan menyara hidupnya.

Dia mula menyamar menjadi bomoh yang boleh mengesan penipuan dan mula membina jenama dan mempromosikan dirinya.

Baca lagi: Merentas Masa di Durian Affairs

PrtScr capture 2

Dia mula mendapat pelanggan seperti mengesan siapa yang ahli kongsi gelap yang membocorkan rahsia kumpulan mereka kepada kumpulan musuh dan mengesan samada kekasih muda mereka sebenarnya mencintai mereka atau hanya duit.

Dia semakin terkenal dan digelar ”Liar Hunter” di dalam kalangan pelanggannya.

PrtScr capture

Kim Do Ha (Hwang Min Hyun) memiliki kebolehan “perfect pitch”seorang produser musik terkenal yang bekerja bersama penyanyi Syaon (Lee Si Woo).

Kim Do Ha tidak pernah menunjukkan wajahnya pada sesiapa dan ia terus menjadi misteri kepada semua yang meminatinya sehingga ia menjadi topik hangat mengapa Kim Do Ha begitu berasia tentang identitinya.

my lovely liar daebaking.co

Ada yang mendakwa ia untuk melindungi kerja utamanya sebagai agen di National Intelligence Service.

Ada juga yang mendakwa dia adalah pewaris muda kaya (Chaebol) yang telah dibuang keluarga kerana memilih untuk mengejar cinta sejatinya dan muzik berbanding perniagaan keluarga mereka selepas menamatkan pelajarannya.

PrtScr capture 3

Kim Do Ho terpaksa mengambil ubat untuk membantunya untuk bertenang dan tidur kerana sering mengalami mimpi ngeri salah satunya dia sedang memegang serpihan kaca yang berlumuran darah.

my lovely liar

Dengan takdir Mok Sol Hee bertemu Kim Do Ha apabila dia membantu Kim Do Ha apabila dia dituduh sebagai pencabul. Dengan kebolehannya dia tahu Kim Do Ha tidak berbohong dan hanyalah mangsa keadaan di situ.

Rupanya ini bukan kali pertama Mok Sol Hee menyelamatkan Kim Do Ha, namun hanya Kim Do Ha yang mengingatinya.

my lovely liar 2

Siapakah Kim Do Ha yang sebenarnya?

Bilakah kali pertama Mok Sol Hee menyelamatka Kim Do Ha?

Kalau korang nak tahu bagaimana hubungan mereka berdua korang kena lah tengok My Lovely Liar