Home Entertainment Merentas Masa di Durian Affairs

Merentas Masa di Durian Affairs

0

Durian’s Affair kalau korang dengar mesti korang pelik, drama mengenai Durian ke? Tapi ini bukan buah durian yang korang semua makan tu.

Sebenarnya Durian’s Affair ini mengisahkan tentang seorang wanita bangsawan yang disenangi ramai bernama Du Ri-an.

Durian’s Affair membawakan tema merentas masa cuma jika kita sering disajikan dengan drama di mana watak utama dibawa ke masa lalu tetapi bezanya drama ini membawa watak utama dari Dinasti Joseon ke tahun terkini iaitu tahun 2023.

daebaking.co merentas masa di durian affair

Plotnya ceritanya juga amat menarik dan lain dari yang lain dan itu tidak dapat disangkalkan lagi kerana ianya karya tulisan Im Sung-han seorang penulis berbakat yang juga pernah menghasilkan naskah Love (ft. Marriage and Divorce) musim 1-3.

Drama terbaru ini juga diarahkan oleh Shin Woo-Cheol , seorang pengarah terkenal Korea Selatan yang pernah mengarahkan drama hit Korea seperti Secret Garden, A Gentleman’s Dignity dan Gu Family Book.

daebaking.co merentas masa di durian affair 1Durian’s Affair dibarisi pelakon berbakat Korea Selatan seperti:

  • Park Joo-mi sebagai Du Ri-an
  • Choi Myung-gil sebagai Baek Do-i / Madam Kim
  • Kim Min-jun sebagai Dol Se / Dan Chi-gam
  • Han Da-gam sebagai Lee Eun-seong
  • Jeon No-min sebagai Dan Chi-gang
  • Yoon Hae-young sebagai Jang Se-mi
  • Ji Young-san sebagai Dan Chi-jung / Park Il-soo
  • Yoo Jung Ho sebagai Park On
  • Lee Da-yeon sebagai Kim So-jeodaebaking.co merentas masa di durian affair 2

Baca lagi: 4 Drama Terbaru dari 4 Negara

Durian’s Affair mengisahkan watak utama Du Ri-an (Park Joo-mi) seorang wanita bangsawan yang kelihatan lemah lembut namun mempunyai semangat yang kental dan juga Kim So-jeo (Lee Da-yeon) yang merupakan menantunya.

Du Ri-an mempunyai kecantikan yang luar biasa dan keperibadian yang tinggi membuatkan dia sangat disenangi dan dihormati oleh semua orang di sekelilingnya.

daebaking.co 2

Du Ri-an telah berkahwin dengan anak lelaki keluarga Park, Park Il-soo (Ji Young-san)namun sebenarnya dalam diam diam dia telah jatuh cinta kepada Dol Se (Kim Min-jun) yang merupakan pelayan lama keluarganya.

Mereka menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan sesiapa dan Dol Se juga sebenarnya merupakan ayah kandung kepada putera Du Ri-an, Park On (Yoo Jung Ho).

Pada suatu hari Dol Se telah mengorbankan dirinya sendiri untuk menyelamatkan nyawa Du Ri-an.

daebakingco

Baca lagi: Oppa Pilot Di Soar Into The Sun

Selepas peristiwa itu Park On telah dijodohkan dengan Kim So Joe dan mereka berdua telah jatuh cinta pada pertama pada hari perkahwinan mereka.

Namun tidak berapa lama dari perkahwinannya , Park On tiba tiba meninggal dunia tanpa sebarang sebab.

daebaking.co durian affair

Du Ri-an dilanda kesedihan yang melampau kerana kehilangan dua insan yang paling disayanginya dan Kim So Jeo masih tidak dapat menerima kehilangan Park On yang baru sahaja dikawininya.

Tidak dapat menanggung kesakitan akibat kehilangan orang yang mereka cintai mereka berdua merentas masa ke masa hadapan iaitu tahun 2023.

daebaking 1

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

Mereka berdua muncul pada pesta makan malam untuk meraikan hari jadi ke 70 Baek Do Yi (Choi Myung Gil) yang merupakan ketua keluarga yang kaya raya (Chaebol) di Korea

Pesta keluarga Dan ini dihadiri oleh tiga anak lelakinya bersama dua menantu perempuannya. Di sinilah Du Ri-an dan Kim So Jeo menyedari semua insan yang mereka sayangi dan kenali di zaman mereka telah dilahirkan semula ke dalam Keluarga Dan.

daebaking.co 2

Kelakuan Du Ri-an dan Kim So Jeo, yang kini berada di dalam tubuh badan mereka pada tahun 2023 sangat berbeza dan telah menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang lain.

Untuk mendapatkan kebahagian bersama insan yang mereka sayangi bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai insiden dan drama sebenarnya terpaksa mereka hadapi di dalam Keluarga Dan pada tahun 2023.

 

Kalau korang nak tahu apa yang akan terjadi kepada Du Ri-an dan menantunya, korang kenalah cepat cepat tengok Durian’s Affair sekarang.

Di mana lagi tentulah di Viu untuk setiap episod terbaru di setiap minggu.

viu Google Search Google Chrome


Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton drama
Durian’s Affair terbaru di mana sahaja.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Durian’s Affair tanpa gangguan iklan.