Home Kdrama/Kmovie 12 Kdrama Ringan tentang Jejaka Chaebol dan Gadis Biasa

12 Kdrama Ringan tentang Jejaka Chaebol dan Gadis Biasa

0

King the Land merupakan salah sebuah Kdrama siri pada tahun ini yang berjaya meraih perhatian penonton.

Sebelum ditayangkan, Kdrama ini telah dinantikan oleh para peminat kerana dua pelakon utama drama ini iaitu Lee Jun Ho dan Im Yoon Ah. Drama terbitan JTBC ini mengikuti kisah romantik anak chaebol dan pekerja hotel miliknya.

Terdapat beberapa buah Kdrama lain yang menampilkan kisah serupa. Berikut adalah 12 cadangan Kdrama ringan tentang kisah cinta chaebol dan gadis biasa.

 

f1a44435 5165 457a a0fe 3113da38dfeb1. Dibintangi oleh Junho dan YoonA, King the Land (2023) mengisahkan tentang jejaka chaebol dan pekerjanya. Drama siri ini menghiburkan dengan selitan kisah komedi

 

31c94c5e a97d 4211 ac3e b962d622e67f2. Oh My Venus (2015) mengikuti kisah seorang penguam wanita yang melakukan diet selepas dicurangi. Dia jatuh cinta dengan pelatihnya yang merupakan seorang chaebol

 

e5f18fea 83a5 45d0 8233 d8fef2de45a13. Fokus pada kelahiran semula Ban Ji Eum (Shin Hye Sun), See You in My 19th Life (2023) juga menampilkan kisah romantik 2 pasangan yang berbeza kasta

 

da9b76cc 2766 4cfb b188 b211711fb0664. Sangat popular, Business Proposal (2022) menyoroti hubungan kontrak seorang CEO dan pekerjanya. Kedua-duanya akhirnya benar-benar jatuh cinta

 

95bb1d3c 742d 4183 9416 ac601bcf05205. What’s Wrong with Secretary Kim (2018) juga mengisahkan tentang kisah romantik majikan dan setia usahanya. Mereka sebenarnya sudah kenal sejak kecil lagi

 

84175dc8 fa8c 4793 be0d e5c72e63da8e6. Strong Woman Do Bong Soon (2017) tampilkan kisah gadia biasa dengan kekuatan yang sangat hebat yang terjerat perangkap cinta dengan anak chaebol

 

a03ff376 c0fa 44dd a530 642068af9ab67. Membawa genre fantasi, The Beauty Inside (2018) mengisah tentang pelakon popular yang kerap berubah wajah. Dia terjerat kisah romantik dengan keturunan chaebol

 

1fc9f6d8 ad8b 46a4 b464 eddfc7301fd2

8. I Am Not a Robot (2017) tampilkan kisah chaebol yang diserang alergi apabila menyentuh manusia. Dia jatuh cinta pada gadis yang pura-pura menjadi robot

 

9d186e5c 37d7 48a2 af4e d53be7f033c69. Pada tahun 2018, Devilish Joy ditayangkan. Kdrama ini mengisahkan tentang kisah romantik lelaki kaya raya dan artis yang tidak popular kerana skandal

 

4d878636 c3a4 40fe 93e4 42a3465d0e2510. Cinderella and Four Knights (2016), berkisar pada seorang gadis biasa yang terlibat dengan empat lelaki tampan dan kaya raya

 

ba7ac1e8 9def 470c a74c 806fd0d8c88511. High Society (2015) menyoroti kisah dua gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Kedua-duanya jatuh cinta dengan lelaki yang berbeza status sosial

 

Kdrama12. Dibintangi oleh Choi Si Won, Revolutionary Love (2017) mengikuti kisah anak chaebol yang menjalani hidup sederhana. Dia dibantu oleh seorang gadis biasa

Senarai Kdrama siri di atas pasti tidak akan membuatkan anda perlu memerah otak berlebihan kerana setiap Kdrama ini mengusung genre romantik dan komedi. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Kdrama 2023: 8 Watak Keturunan Chaebol yang Hidup Susah
Baca juga: 10 Kdrama Dibintangi Para Pelakon Castaway Diva