Home Kdrama/Kmovie Masa Tayangan Episod 12 (Akhir) Knight Flower Akan Dipanjangkan

Masa Tayangan Episod 12 (Akhir) Knight Flower Akan Dipanjangkan

0

Jadual tayangan episod akhir siri hit MBC “ Knight Flower ” akan berjalan lebih lama!

Pada 14 Februari baharu ini, MBC mengumumkan bahawa episod akhir drama sageuk Jumaat-Sabtu “Knight Flower” akan dilanjutkan selama lima minit, menyebabkan sedikit pelarasan dalam jadual siarannya.

Sejak tayangan perdana pada bulan Januari, “Knight Flower” secara konsisten mendominasi slot drama Jumaat-Sabtu, malah mencapai rating dengan purata puncak yang mengagumkan di Korea sebanyak 13.1 peratus berdasarkan Nielsen Korea.

Knight flower

Berlatarkan era Joseon, “Knight Flower” MBC ialah drama aksi-komedi yang dibintangi oleh Honey Lee sebagai Jo Yeo Hwa, seorang wanita yang telah menjalani kehidupan yang tenang dan sederhana sebagai janda suci di siang hari selama 15 tahun. Walau bagaimanapun, dia diam-diam menjalani kehidupan berganda. Pada waktu malam, dia dengan berani menyelinap keluar untuk membantu mereka yang memerlukan.

Manakala Lee Jong Won membintangi Park Soo Ho, seorang pegawai tentera yang secara tidak sengaja terjerat dengan Jo Yeo Hwa.

IMG 4602

Pasukan produksi “Knight Flower” berkongsi, “Selepas pertimbangan yang teliti, kami telah membuat kesimpulan bahawa konflik rumit dan banyak jalan cerita drama tidak dapat direalisasikan sepenuhnya dalam masa tayangan asal. Oleh itu, kami telah melanjutkan tempoh [siaran akhir]. Kami sedang berusaha untuk mempamerkan sebanyak mungkin dengan memajukan siaran selama lima minit. Sila teruskan menonton sehingga ke penghujungnya.”

Episod 11 “Knight Flower” telah disiarkan pada 16 Februari jam 9:50 malam KST, manakala episod akhir lanjutan, Episod 12, akan berlangsung selama 85 minit pada 17 Februari jam 9:45 malam KST, bermula lima minit lebih awal daripada waktu biasa.

Jangan lupa tonton ya!!

IMG 4601

Sumber (Naver Korea) dan Soompi

Baca lagi: 6 Kemungkinan Perkara yang Akan Berlaku pada Episod Akhir Knight Flower, Pembalasan akan Tiba?
Baca juga: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri