Home Kdrama/Kmovie 7 Sebab Lee Hanee Perlu Melawan Bapa Mertuanya dalam Knight Flower

7 Sebab Lee Hanee Perlu Melawan Bapa Mertuanya dalam Knight Flower

0

Cho Yeo Hwa (Lee Hanee) adalah watak utama dalam drama sageuk Knight Flower. Wanita ini merupakan wanita bangsawan yang menjadi balu selama 15 tahun. Sejak berkahwin, dia tidak dibenarkan untuk keluar rumah kerana pada hari perkahwinannya, suaminya meninggal dunia dan statusnya berubah menjadi balu.

Walaupun tampak seperti selalu terkurung, Cho Yeo Hwa sebenarnya adalah wanita yang sangat aktif. Setiap malam, dia menyelinap keluar untuk menolong rakyat yang dalam kesukaran. Dia juga menggunakan waktu malam untuk menyiasat tentang abangnya yang hilang selama bertahun-tahun.

Selepas berbagai-bagai usaha penyiasatan dilakukan, Cho Yeo Hwa mendapati bahawa musuh yang perlu dihadapinya adalah bapa mertuanya sendiri iaitu Seok Ji Sung (Kim Sang Joon). Apakah yang membuatkan Cho Yeo Hwa perlu melawan bapa mertuanya sendiri dalam drama Knight Flower? Berikut ini penjelasannya.

 

Knight flower
1. Sejak awal lagi, dia dipergunakan untuk menutup kesalahan Seok Ji Sung. Dia disuruh berkahwin dengan Seok Jeong (Oh Eui Sik) sewaktu dia masih muda

Baca lagi: 6 Kemungkinan Perkara yang Akan Berlaku pada Episod Akhir Knight Flower, Pembalasan akan Tiba?

 

da57edf1 b23d 4d67 bc8c b1ad3b4c6247
2. Cho Yeo Hwa tidak mengetahui bahawa selama ini, Seok Ji Sung berbohong tentang mencari abangnya yang sudah lama hilang

 

 

5df6b471 0dbb 4dd5 936e ad18d6915fa23. Abang Cho Yeo Hwa bukan tentera biasa. Kerana dianggap berbahaya, Seok Ji Sung menyuruh anak buahnya membunuh abang Cho Yeo Hwa

 

 

IMG 46074. Selepas melakukan penyiasatan, Cho Yeo Hwa mengetahui sebenarnya bapa mertuanya jahat dan telah menganiaya ramai orang, termasuk Park Su Ho (Lee Jong Won)

 

 

5eb42175 a888 4620 aa9c 7756474e85c95. Disebabkan bapa mertuanya, Cho Yeo Hwa menjadi balu. Suaminya masih hidup, tetapi dikatakan meninggal dunia kerana lelaki tua itu ingin menutup kebenaran bahawa anak lelakinya itu diusir

 

 

IMG 4609
6. Seok Ji Sung menjadikan raja sebagai patung suruhannya. Cho Yeo Hwa tidak mahu kuasa Seok Ji Sung itu bertahan lama kerana kejahatannya akan berleluasa jika dibiarkan

 

 

IMG 4611
7. Cho Yeo Hwa ingin membuktikan kejahatan bapa mertuanya kerana dia tidak mahu terseret dalam masalah dan berakhir dengan mendapat hukuman berat

Kerana kejahatan bapa mertuanya, Cho Yeo Hwa perlu hidup menderita selama bertahun-tahun. Dia menghabiskan separuh hidupnya dengan pembohongan yang dilakukan oleh Seok Ji Sung. Dia perlu membuktikan bahawa bapa mertuanya itu bersalah supaya dia boleh hidup bebas dan mendapat kehidupan yang lebih baik. Adakah impiannya itu akan tercapai di episod akhir Knight Flower nanti?

Baca lagi: Masa Tayangan Episod 12 (Akhir) Knight Flower Akan Dipanjangkan
Baca juga: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri