Home Entertainment Lisa BLACKPINK Cipta Tiga Rekod, Siap Masuk ‘Guinness World Records’!

Lisa BLACKPINK Cipta Tiga Rekod, Siap Masuk ‘Guinness World Records’!

0

Jangan cakap anda seorang ‘K-Poppers’ kalau anda tak kenal penyanyi dari kumpulan terkenal BLACKPINK ini. Berusia 25 tahun, dan sangat berbakat sehingga mencipta pelbagai sejarah.

Lisa BLACKPINK telah membuat solo debutnya pada tahun lepas dengan lagu ‘Lalisa’ dan ‘Money’ dan dalam tempoh setahun sahaja selepas debut, Lisa berjaya membawa pulang trofi MTV Video Music Awards 2022 (VMAs)

lisa main 30

Lisa telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori ‘Best K-pop’ menerusi lagu debutnya iaitu Lalisa. Tidak dengan itu, Lisa dan juga ahlinya yang lain turut memenangi trofi ‘Best Metaverse Performance’

Sejak lagu ‘Lalisa’ dikeluarkan, ia telah berjaya mencipta dua rekod Guinness World Records tau! Yang pertama, Lisa berjaya mencipta sejarah sebagai muzik video YouTube penyanyi solo dengan tontonan paling banyak dalam masa 24 jam iaitu dengan jumlah tontonan sebanyak 73.6 juta.

Baca lagi: “Tak Sangka Dia Begitu”- Charlie Puth “Kantoi” Kongsi Sesuatu Mengenai NewJeans
Baca lagi: “Tak Sengaja Ke Tu?”- NCT Jeno Stalk Mina TWICE di Instagram

1157862349

Ini sekaligus, telah mengalahkan rekod yang pernah dicatat oleh penyanyi terkenal Taylor Swift pada tahun 2019 dengan lagu bertajuk Me!

Rekod yang seterusnya, Lisa merupakan artis solo K-pop yang pertama yang mencatat jumlah tontonan paling tinggi dalam masa 24 jam.