Home Entertainment “Tak Sangka Dia Begitu”- Charlie Puth “Kantoi” Kongsi Sesuatu Mengenai NewJeans

“Tak Sangka Dia Begitu”- Charlie Puth “Kantoi” Kongsi Sesuatu Mengenai NewJeans

0

Penyanyi, produser dan penulis lirik lagu terkenal Hollywood, Charlie Puth menunjukkan sokongan kepada kumpulan rookie, NewJeans.

Pada 30 Ogos yang lalu, Charlie Puth telah berkongsi sebuah posting di Instagram Story nya, yang menunjukkan sebuah video persembahan Newjeans’ menyanyikan lagu Attention di Music Bank. Charlie Puth turut menulis caption emoji api sebagai reaksi sokongan positif yang ditunjukkan kepada kumpulan tersebut.

1661831852 charlie puth 1

Sebelum itu, Charlie Puth pernah menghasilkan sebuah lagu yang mempunyai tajuk yang sama juga iaitu “Attention” dan netizen menganggap yang dia secara tidak sengaja terlihat video itu berdasarkan cadangan algorithm daripada Youtube. Bagaimanapun, rata-rata peminat teruja akan sokongan yang diberikan oleh Charlie Puth kepada kumpulan tersebut.

Komen netizen:

“Tak sangka dia begitu, layan k-pop rupanya…”

“Mungkin dia nak search lagu dia, “Attention”, eh terjumpa lak video NewJeans’, apa lagi layan ahhh”

“Kedua-dua “Attention” best bagi saya, cayalah Charlie Puth”

“Biar betul??!!”

“Omg… LOLLLLL”

“K-pop mula diterima ramai, nak-nak lagi Hollywood”

Agak-agak kalau Charlie Puth share lagu Cindai kat Instagram Story, netizen akan terkejut tak?! Eh… haha

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Go Yoon Jung Bakal Muncul Dalam “Alchemy of Souls” Musim Kedua