Home News Go Yoon Jung Bakal Muncul Dalam “Alchemy of Souls” Musim Kedua

Go Yoon Jung Bakal Muncul Dalam “Alchemy of Souls” Musim Kedua

0

Alchemy of Souls bakal menemui peminat untuk musim yang kedua. Jeon So Min telah mendapat pujian daripada peminat dengan membawa watak utama, Mu Deok, pada musim pertama, namun watak itu bakal dipegang oleh Go Yoon Jung pada musim kedua.

Tidak dijelaskan kenapa namun ia mungkin sudah dirancang dari awal lagi selepas Go Yoon Jung muncul dalam episod pertama. Dalam episod itu menjelaskan, Go Yoon Jung terperangkap dalam badan Mu Deok. Pelakon yang lain masih dikekalkan untuk musim kedua.

Drama bersiri itu memberi hint ketika kemunculan Go Yoon Jung dalam musim pertama ketika episod akhir.

Kecantikan yang dimiliki olehnya telah mempesonakan penonton dan dia telah menjadi buah mulut netizen Korean di laman internet.

Sumber: Allkpop