HyunA dan Dawn secara rasminya meninggalkan agensi P NATION.

Berita ini diumumkan oleh P NATION melalui sebuah kenyataan media seperti berikut:

“Hello, ini ialah P NATION.

Kami ingin menzahirkan rasa penuh gembira kepada semua yang menyokong HyunA dan Dawn terhadap minat dan kesukaan mereka.

Kami ingin mengumumkan bahawa kontrak HyunA dan Dawn telah tamat secara rasminya.

HyunA, Dawn & HyunA&Dawn telah memberi makna terbesar buat P NATION dengan menghasilkan muzik yang diterima oleh masyakarat, unik dengan persembahan yang sangat bertenaga. Dan kerana minat mereka itu telah menjadi contoh kepada semua tenaga kerja lain untuk terus berkarya seperti mereka.

Seluruh warga P NATION menghargai karya dan memori mereka berdua sepanjang bekerja di bawah agensi ini pada satu jangka masa yang lama, dan kami akan terus menyokong mereka pada masa akan datang.

Terima kasih kepada peminat yang menghargai HyunA dan Dawn, kami mengharapkan sokongan yang berterusan dari anda semua buat mereka berdua.

Terima kasih”.

Sementara itu, HyunA dan Dawn telah menandatangan kontrak bersama P NATION pada Januari 2019.

Sumber: AllKpop

Previous article“Jangan menangis, saya merayu”, Coretan Akhir Mendiang Yoo Ju Eun Meruntun Hati
Next articleGo Yoon Jung Bakal Muncul Dalam “Alchemy of Souls” Musim Kedua