Aktress, Yoo Ju Eun dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pada 29 Ogos, abang Mendiang Yoo Ju Eun telah memuatnaik posting di Instagram mewakili mendiang. Di posting tersebut, dia menerangkan bahawa Yoo Ju Eun telah meninggal pada 29 Ogos dan upacara pengebumian bakal dilaksanakan pada 31 Ogos. Dia berkongsi sebuah nota tulisan terakhir mendiang.

Mendiang yang lahir pada tahun 1995, menulis di dalam nota itu:

“Saya meminta maaf kerana meninggalkan semua orang. Terutama ibu, ayah, nenek dan abang. Fikiran saya tidak mampu lagi mengawal diri ini dan saya tidak mahu lagi hidup. Anda semua mungkin rasa sedih dengan kehilangan saya tapi jangan khuatir, saya memerhatikan anda dari sana dan teruslah bertahan. Jangan menangis, tidak baik untuk anda. Saya tidak sedih, malah saya merasa tenang. Mungkin ini yang saya mahukan selama ini. Saya sudah dapat segalanya ketika hidup yang saya rasa saya tidak layak langsung untuk merasainya. Jadi ini sudah cukup, jangan menyalahkan sesiapa dan teruskan hidup anda. Saya tidak mati, jadi jangan patah semangat. Saya berharap pengebumian saya dihadiri ramai orang dan semua orang dapat melihat satu sama lain dan apa yang dilalui oleh insan tersebut.

Saya suka akan lakonan, itu merupakan sebahagian dari saya, namun tidak semudah itu. Saya tidak mahu melakukan perkara lain dan itu semestinya satu kekecewaan bagi saya. Saya sedar memiliki impian itu adalah anugerah dan kesakitan pada masa yang sama.

Saya yakin Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka kerana Dia sayang akan saya. Dia mendengar dan menjaga saya, jadi jangan khuatir.

Dan buat keluarga tercinta, rakan-rakan dan kekasih, terima kasih kerana mengasihi saya dan bangga akan saya, ia merupakan kekuatan dan kebahagiaan buat saya juga. Saya mempunyai kehidupan yang bahagia kerana memori terindah ini yang saya genggam sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana memahami dan bersama dengan saya. Saya tidak dapat menzahirkan perasaan ini, dan berharap anda faham.

Dan yang mengenali diri ini terutama guru, terima kasih dan saya sangat menghormati anda. Terima kasih kerana mengajar saya tentang kehidupan.

Ibu dan ayah, saranghae. Jangan menangis, saya merayu.”

Kami mendoakan kesejahteraan buat mendiang. Semoga mendiang tenang di negeri abadi.

Sumber: AllKpop

 

Previous article“Semakin Rancak Bercinta”- Jennie BLACKPINK & V BTS Memuatnaik Gambar Bersama
Next articleHyunA & Dawn Tinggalkan P NATION