Home Entertainment “Tak Sengaja Ke Tu?”- NCT Jeno Stalk Mina TWICE di Instagram

“Tak Sengaja Ke Tu?”- NCT Jeno Stalk Mina TWICE di Instagram

0

Macam biasa, kerja siapa lagi kalau bukan makcik bawang yang perasan semua benda ni hehehe. NCT Jeno dikatakan telah mengikuti akaun instagram milik Mina TWICE. Ada yang kata dia tak sengaja, betul ke ni?

1661835438 img 20220829153251 f0465e6d copy

Jeno, yang baru sahaja membuat akaun di Instagram pada awal bulan lalu tidak mengikuti sesiapa melalui akaun tersebut sehingga la sekarang. Tetapi,  netizen dikejutkan pada 29 Ogos lalu apabila Jeno telah mengikuti akaun Instagram milik Mina sebelum beberapa jam kemudian tidak lagi mengikuti Mina dan “following list” kembali menjadi sifar.

Peminat menggangap bahawa Jeno mungkin “stalk” akaun instagram milik Mina sehingga secara tidak sengaja tertekan butang mengikuti akaun ahli kumpulan TWICE tersebut atau mungkin Jeno menggangap bahawa dia sedang menggunakan akaun Instagram “private” nya. Itu lah yang dikatakan oleh netizengers sekalian.

Sementara itu, kes sebegini pernah terjadi pada beberapa artis k-pop yang lain. Sebagai contoh, pada Disember 2021, V BTS telah dikatakan secara tidak sengaja mengikuti akaun Instagram Jennie BLACKPINK. Tidak lama selepas itu, mereka digosipkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Macam-macam hal la, kalau dah suka kenapa malu-malu lagi… Hehehe

Sumber: AllKpop

Baca artikel terdahulu: HyunA & Dawn Tinggalkan P NATION