Mungkin niat pelakon Ranbir Kapoor, ia hanyalah sekadar gurauan. Namun, dia telah mendapat kecaman yang hebat dari netizen selepas mengatakan isterinya, yang juga seorang pelakon, Alia Bhatt yang sedang hamil anak sulung mereka dengan panggilan ‘Gemuk’.

Baru-baru ini, kedua-dua pelakon itu telah ditemu bual oleh media tempatan, bertanyakan tentang filem lakonan terbaharu mereka yang bertajuk Brahmastra.

Untitled design 2022 08 26T150402.291

Soal wartawan tersebut,”Kenapa kamu berdua macam kurang mempromosikan filem Brahmastra?” Pelakon filem ‘Darlings’ itu kemudian menjawab bahawa dia akan mempromosikan filem tersebut secara berperingkat kerana ada perkara yang perlu diutamakan dahulu.

Ranbir kemudian ketawa dengan jawapan yang diberikan isterinya. Menurut Ranbir, punca isterinya tidak mempromosikan filem tersebut adalah kerana malu dengan bentuk badannya yang semakin ‘gemuk’ kerana sedang mengandung.

Ranbir Kapoor and Alia Bhatt: Bollywood toasts star couple on wedding - BBC  News

Selepas temu bual itu ditayangkan, rata-rata netizen mengangap Ranbir sangat biadab kerana menghina fizikal wanita hamil dan langsung tidak menjaga hati dan sensitiviti isterinya.

Baca lagi: “Kalau Edit Dah Lama La Kena”- Individu Sebar Foto V BTS & Jennie BLACKPINK Dakwa Itu Gambar Asli
Baca lagi: Bella Hadid: Saya Ingin Membesar Dalam Budaya Islam

Previous article“Kalau Edit Dah Lama La Kena”- Individu Sebar Foto V BTS & Jennie BLACKPINK Dakwa Itu Gambar Asli
Next articleLisa BLACKPINK Cipta Tiga Rekod, Siap Masuk ‘Guinness World Records’!