Home Entertainment Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri

0

Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri!!

2BA43AE9 250E 43E3 AE8C BAB3E405D92C

Bintang Korea Lee Seung Gi akhirnya berkahwin dengan teman wanitanya Lee Da In dalam majlis perkahwinan peribadi di Seoul, Korea Selatan pada 7 April 2023 semalam.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Grand InterContinental Hotel Seoul Parnas di Daerah Gangnam, Selatan Seoul. Majlis itu dihoskan oleh pelakon Son Ji Chang yang merupakan kenalan rapat Kyeon Mi Ri, ibu kepada pengantin perempuan, menurut laporan media tempatan.

Kedua-duanya sebelum ini telah mengumumkan keputusan mereka untuk untuk menamatkan zaman bujang antara satu sama lain pada Februari 2023.

Pasangan itu mendedahkan hubungan mereka secara rasmi di khalayak ramai pada 2021. Majlis perkahwinan mereka dilaksanakan dalam satu acara yang sangat peribadi dengan hanya dihadiri rakan rapat dan keluarga sahaja.

Senarai tetamu lain termasuklah bintang Goblin Lee Dong Wook, penerbit-pelakon Kim Nam Gil, Cha Eun Woo ASTRO, penyanyi rap Jay Park, Yoo Yeon Seok, pelakon-penyanyi Bae Suzy, bintang Happiness Han Hyo Joo, Joshua SEVENTEEN, Hoshi dan ramai lagi yang turut memeriahkan majlis tersebut.

E8605F5C 0D54 4357 8BB3 F3A37C4AF844

Baca Lagi: 5 Kdrama Komedi Bakal Menemai Anda Pada April

Tiada yang lebih indah daripada melihat dua insan saling mencintai, membaca ikrar cinta dan memasuki alam perkahwinan di tengah-tengah kehadiran orang tersayang. Dan apatah lagi ia adalah perkahwinan selebriti terkenal, pastinya ia akan kelihatan lebih meriah dan mewah!

Jom kita lihat gambar perkahwinan pasangan sama kacak sama cantik ini!

5B74A437 B578 446E B271 ADFC7D291DF0 6DA139A2 34A1 44F7 8626 3A9005CF002D 435EDB4E 84B8 4BD4 88A3 1BEEE433CBF5 9748F22F B73D 4594 90A6 7DC1E1873AF7 CCCB2A70 6E52 4C6B AD81 035886C4A0AE 1188AE7E DC84 4BDF 9223 B746341B43CC

Pasangan itu melafazkan ikrar mereka di bawah sekuntum bunga mawar putih yang cantik. Kedua-duanya kelihatan hampir menitiskan air mata sambil berjanji pada diri masing-masing. Sudah tentu, Lee Da In kelihatan sangat cantik dengan gaun pengantinnya ballroom putih berkilauan, dengan tiara dan selendang kepala putih. Sebaliknya, pelakon Vagabond itu kelihatan segak seperti biasa dengan tux hitam klasik.

Tahniah kepada pasangan bahagia ini! Pasangan itu juga dilaporkan tidak akan pergi berbulan madu dan akan terus kembali bekerja.

Baca Juga: Lee Da In Teman Wanita dan Bakal Isteri Yang Diperlukan Setiap Lelaki