Nampaknya Lee Seung Gi benar-benar dilamun cinta, kasih sayangnya terhadap Lee Da In begitu mendalam dan menganggap teman wanitanya itu adalah teman wanita dan bakal isteri yang diperlukan oleh setiap lelaki!

“Dia seorang yang mempunyai hati emas, kemesraan, dan penuh dengan kehangatan cinta. Dan saya mahu kekalkan dia di sisi saya selama-lamanya. Saya ingin berkongsi kebahagiaan saya dengannya. Dan ketika waktu sukar dalam hidup, saya mahu mengatasi cabaran itu bersama-samanya tanpa melepaskan tangan masing-masing.” Kata Lee Seung Gi.
Dispatch turut melaporkan bahawa semasa lawatan ke rumah nenek Lee Seung Gi, Lee Da In sangat ceria dan sopan. Dia baik hati dan benar-benar menghormati nenek Lee Seung Gi. Dia malah tidak mengalihkan pandangannya dari neneknya sehingga saat dia pergi. Bagi nenek Lee Seung Gi, Lee Da In nampaknya seorang cucu menantu yang cukup sempurna dan ideal.

Menurut satu sumber laporan dari Wikitree, ketika Lee Seung Gi mengalami masa yang sukar berdepan dengan pertikaian dan konfik besar dengan Hook Entertainment, Lee Da In menjadi salah satu sumber kekuatannya. Kekasih hatinya itu berdiri di sisi Lee Seung Gi dan sentiasa berada di sebelahnya, menemani Lee Seung Gi ketika dia melalui semua dugaan dan kesusahannya.
Dari situ Lee Seung Gi yakin dan pasti dengan keputusannya untuk menjadikan Lee Da In sebagai suri hatinya walaupun mengetahui hubungan cintanya tidak disukai majoriti peminat dan Knetz.









