Home Entertainment 5 Kdrama Pilihan Kisah Remaja Sekolah

5 Kdrama Pilihan Kisah Remaja Sekolah

0
Pembikin filem dan drama siri di Korea Selatan sangat kreatif dalam mencipta jalan cerita. Bayangkan dari imej sebuah teksi, wujudnya kisah Taxi Driver dan paling terbaru siri drama terbaru Delivery Man yang juga berkisah tentang pemandu teksi dan penumpangnya yang merupakan hantu!
Kisah-kisah pelajar sekolah menengah juga tidak terlepas dari menjadi intipati sesebuah cerita. Kisah balas dendam, persahabatan, buli, percintaan dan bermacam kisah lain tentang pelajar sekolah menjadi tema menarik dalam kebanyakan Kdrama yang dipersembahkan.
Pada tahun 2022 banyak drama siri yang berkisar mengenai palajar-pelajar sekolah, kebanyakan Kdrama ini sangat popular dan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik.
Kita akan senaraikan 5 Kdrama yang pernah meletup pada tahun 2022. Pasti sudah ramai peminat yang telah habis menonton senarai 5 Kdrama ini. Kisah-kisah yang disajikan selalunya sangat berkaitan dengan kehidupan sebenar masyarakat. Setiap karakter yang ditonjolkan berjaya membawa watak pelajar sekolah yang mempunyai masalah rumit dan konflik di sekolah.
Kisah yang diketengahkan bukan sahaja berkait tentang permasalahan remaja di sekolah, lebih menarik dan mendebarkan, kisah pelajar sekolah menghadapi makhluk zombie juga menjadi salah satu cerita viral yang disebut-sebut sepanjang tahun iaitu Kdrama yang bertajuk All Of Us Are Dead!

Jom kita selusuri beberapa Kdrama 2022 yang mengangkat watak pelajar sekolah sebagai watak utama:

1. Season of Blossom
DA1F5C01 FB7B 421F B1E9 4258EF860407

Kdrama ini diangkat dari webtoon dengan judul yang sama. Season of Blossom mengisahkan tentang kehidupan remaja dengan masalah masing-masing. Mereka menghadapi pelbagai rasa sakit hati dan masalah yang disimpan sendiri. Drama siri ini ditayangkan pada 21 September 2022, Season of Blossom dibintangi oleh beberapa pelakon muda yang berbakat bersar antaranya adalah seperti Seo Ji Hoon, So Ju Yeon, Kim Min Kyu, Kang Hye Won, Yoon Hyun Soo, dan Oh Yu Jin.

2. Weak Hero Class 1
52874ADE 3135 439A A121 D75900E1D079

Masalah buli masih menjadi konflik cerita yang menarik untuk diikuti. Berbeza dengan drama lain yang mengangkat kisah tentang mangsa buli, Weak Hero Class 1 menyajikan “pahlawan” ataupun “hero” yang akan melawan para pembuli .
Drama siri ini mengisahkan tentang Yeon Shi Eun (Park Ji Hoon), seorang pelajar yang bijak pandai yang menduduki peringkat pertama di sekolah dan memiliki fizikal tubuh yang lemah. Senjatanya adalah kepintarannya, dia akan melawan kekerasan dan kekejaman buli yang berlaku di sekelilingnya dengan otak yang genius dan bergeliga.
Tayangan perdana Weak Hero Class 1 akan dilancarkan di Busan International Film Festival 2022. Drama ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon muda yang sedang meingkat naik seperti Park Ji Hoon, Choi Hyun Wook, Hong Kyung, dan Shin Seung Ho.

3. Twenty Five Twenty One
24CF99E7 49C3 436A A19F D989D2190CB5

Twenty Five Twenty One dipuji tinggi kerana jalan cerita mengenai kisah di sekolah yang sangat menarik. Penyajian pelbagai jenis konflik dan kesungguhan watak utama untuk mencapai impian menjadikan cerita ini sangat berbaloi untuk ditonton. Na Hee Do (Kim Tae Ri) berjuang dan sangat teguh dengan pendiriannya untuk menjadi atlet lawan pedang.
Drama siri ini mengisahkan tentang Na Hee Do yang merupakan salah seorang anggita kumpulan lawan pedang di sekolahnya. Walaupun kumpulan kesayangannya tersebut telah dibubarkan kerana krisis kewangan yang teruk, dia tetap tidak menyerah dan mencari jalan lain supaya dia dapat meneruskan impiannya. Na Hee Do bertemu dengan Baek Yi Jin (Nam Joo Hyuk) yang datang membantunya di saat dia berdepan kesusahan .

4. All of Us are Dead
9B8203E4 7D3A 49EE B511 0B19DB6A23C9

All of Us Are Dead mengisahkan tentang serangan makhluk zombie yang telah menceroboh kawasan sekolah. Pelajar-pelajar yang terperangkap di dalam sekolah perlu berjuang untuk melindungi diri dari serangan zombie. Drama siri ini dibintangi oleh Park Ji Hoo, Yoon Chan Young, Cho Yi Hoon, Park Solomon, dan Lee Yoo Mi.
All of Us are Dead ditayangkan pada awal tahun 2022 dan mempunyai 12 episod semuanya. Kejayaan besar dan sambutan luar biasa terhadap siri drama ini telah membuatkan Netflix bersetuju dan mengesahkan untuk mengeluarkan All of Us are Dead musim kedua pada tahun ini, 2023. Pasti sudah ramai tidak sabar untuk menonton musim kedua siri ini!

5. School 2021
4AC48A6D 6098 4FA2 9759 5755736CCF4E

Drama siri ini mengisahkan tentang Gong Ki Joon (Kim Yo Han, anggota kumpulan WEi) yang awalnya merupakan atlet taekwondo. Dia mengalami pelbagai masalah iaitu bermula dari kecederaan yang membuatkan dia berhenti menjadi atlet hinggalah kisah perniagaan ayahnya diisytiharkan muflis.
Demi meneruskan kehidupan, Gong Ki Joon mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Teknologi dan Sains Nulji. Dalam lingkungan dan suasana yang baru, dia perlu menyelesaikan pelbagai m konflik dan masalah yang muncul.
Baca Lagi: 5 Kdrama Mengenai Keluarga Politik Yang Penuh Kepuraan
Menjadi seorang pelajar sekolah ternyata tidak terlepas dari sebarang ujian dan masalah. Selain perlu bertahan dan merempuh setiap ujian, para pelajar yang ditonjolkan dalam setiap drama siri tersebut juga perlu berhadapan dengan banyak masalah rumit yang berkait dengan kehidupan sosial mereka.
Baca Juga: Paper Moon Kdrama Baharu Bakal Menggegar