Home Entertainment Fakta Menarik Lee Da In Isteri Kepada Lee Seung Gi

Fakta Menarik Lee Da In Isteri Kepada Lee Seung Gi

0

Fakta menarik Lee Da In yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Lee Seung Gi!! TAHNIAH sekali lagi kepada pasangan merpati sejoli ini!!

1DFB3B68 571A 4164 AAC8 0C4FB6043C88

Lee Da In sedang menjadi perbualan hangat selepas rasmi mendirikan rumah tangga dengan Lee Seung Gi. Pasangan ini rasmi menjadi suami isteri pada Jumat 7 April 2023.

Baca Lagi: Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Lee Da In merupakan seorang pelakon wanita yang juga aktif membintangi pelbagai drama siri dan filem Korea. Jom kita intai beberapa maklumat menarik mengenai isteri Lee Seung Gi ini:

39A81CBC 6551 4740 A736 90CEA63A8F591. Biodata Lee Da In

● Nama pentas: Lee Da In (이다인)
● Nama asal: Lee Joo Hee
● Tempat lahir: Korea Selatan
● Tarikh lahir: 5 November 1992
● Kewarganegaraan: Korea Selatan
● Agensi: 9Ato Entertainment
● Instagram: @xx_dain
● Suami: Lee Seung Gi (berkahwin pada 7 April 2023)

DB667B55 4FAD 45BC B9E4 F6D6A82B19E72. Lee Da In berasal dari keluarga artis dan memulakan karier melalui sebuah web drama

Lee Da In memang terkenal berasal dari keluarga selebriti. Dia adalah anak pertama kepada pasangan pelakon Kyeon Mi Ri dan Im Young Gyu. Ibunya iaitu Kyeon Mi Ri, merupakan salah seorang pelakon yang membintangi Kdrama legenda iaitu Dae Jang Geum (2003). Dia juga mempunyai seorang kakak iaitu Lee Yoo Bi, pelakon wanita yang semakin popular selepas berlakon drama Pinocchio (2014-2015).

Sebelum debut, Lee Da In merupakan seorang pelajar jurusan Teater dan Filem di Hanyang University. Lee Da In memulakan kariernya pada tahun 2014 dengan debut dalam web drama Twenty Years Old. Dalam projek pertamanya itu, dia sudah terpilih sebagai pelakon utama.

Kariernya dalam drama TV dimulakan ketika membintangi Make A Woman Cry pada tahun 2015. Selama beberapa tahun, dia mengambil watak sebagai pelakon pembantu. Akhirnya pada tahun 2020, dia menjadi salah seorang pelakon utama dalam drama Alice. Dia bergandingan dengan Joo Won, Kwang Si Yang, dan Kim Hee Sun.

628518A6 4F0A 4E20 8D46 872A66D12EAE3. Senarai drama siri dan filem Korea yang dibintangi oleh Lee Da In

Sejak memulakan karier pada tahun 2014, Lee Da telah membintangi beberapa drama siri dan filem Korea:

Drama Korea:

● Lovers (2023) sebagai Kyung Eun Ae
● Alice (2020) sebagai Kim Do Yeon
● Doctor Prisoner (2019) sebagai Lee Jae In
● Come and Hug Me (2018) sebagai Lee Yeon Ji
● My Golden Life (2017-2018) sebagai Choi Seo Hyun
● Hwarang (2016-2017) sebagai Soo Yeo
● Entourage (2016) sebagai dirinya sendiri (kameo episode 7)
● Make A Woman Cry (2015) sebagai Park Hyo Joong
● Twenty Years Old (2014) sebagai Kim Hye Rim

Filem Korea:
● Life Risking Romance (2016) sebagai Han Jae In (remaja)
● The Fatal Encounter (2014) sebagai Soo Ryun (kameo)

CF4A5629 9A02 46AD AE27 F1E621243C254. Fakta unik Lee Da In

● Dia mengaku sering bertengkar dengan kakaknya, Lee Yoo Bi kerana berebut pakaian.
● Bahkan Lee Da In beberapa kali menyekat nombor Lee Yoo Bi. Namun, tentu sahaja pertengkaran ini cuma berlangsung sementara kerana hubungan mereka sebenarnya sangat rapat.
● Lee Da In mempunyai hobi suka bermain golf. Sebab itulah dia sering berkongsi gambarnya di padang golf di laman Instagram miliknya.
● Dia sangat menyukai haiwan, bermula dari anjing, kucing, hingga gajah.
● Ibu bapa Lee Da In bercerai pada tahun 1993. Setelah itu, ibunya berkahwin pula
dengan Lee Hong Heon pada tahun 1998.
● Ayah tirinya secara rasmi menjadikan Lee Da In dan Lee Yoo Bi sebagai anak
angkatnya. Sebab itulah, nama keluarganya berubah dari Im menjadi Lee.

DE4250C9 11E2 4C93 8AB0 CC8967E901DD5. Perjalanan cinta Lee Da In dan Lee Seung Gi

Pasangan selebriti ini mulai bercinta sekitar akhir tahun 2020. Dispatch melaporkan bahawa kedua-duanya sering menghabiskan waktu bersama ketika Lee Seung Gi sedang lapang sewaktu penggambaran drama siri Mouse (2021).

Dispatch juga pernah mendedahkan gambar kedua-duanya yang sedang berada dalam kereta yang sama. Pada waktu itu , Lee Da In dan Lee Seung Gi berada di Wilayah Gangwon dan ingin mengunjungi rumah nenek Lee Seung Gi di Sokcho.

Akhirnya, pada Selasa 7 Februari 2023, Lee Seung Gi berkongsi surat tulisan tangannya di Instagram. Dia mengumumkan dirinya akan berkahwin dengan Lee Da In pada 7 April 2023.

2BA43AE9 250E 43E3 AE8C BAB3E405D92CPerkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In dihadiri oleh ramai rakan selebriti. Kang Ho Dong, Yoo Jae Suk, Cha Eun Woo dan Kim Nam Gil turut hadir dalam majlis yang serba meriah itu di hotel mewah di Gangnam.
Selamat berbahagia untuk Lee Da In dan Lee Seung Gi.

Baca Juga: 10 Pencalonan Kategori Drama Untuk Baeksang Arts Awards