Home Entertainment 5 Kdrama Komedi Bakal Menemai Anda Pada April

5 Kdrama Komedi Bakal Menemai Anda Pada April

0

5 Kdrama siri komedi yang ditayangkan pada April 2023 ini! Jaga-jaga! Pasti geli hati dan tertawa menontonnya!

Buat yang sedang mencari drama siri Korea yang boleh menghiburkan hari-hari anda, kami ingin mencadangkan drama komedi terbaru untuk bulan April 2023 ini. Terdapat beberapa buah drama siri dengan bermacam genre yang dibaluti komedi lucu yang akan membuatkan anda tertawa.

Drama siri ini bakal menjadikan bulan April anda kembali ceria dan penuh tawa ria, berikut merupakan senarai drama siri Korea ber-genre komedi yang akan ditayangkan pada April 2023:

1. BORA! DEBORAH tayang pada 12 April 2023

A6022F6D 9FBC 43D1 BB68 786BC83B925CKhas buat para peminat pelakon Yoo In Na, akhirnya pelakon jelita ini membuat comeback dengan drama siri komedi-romantik yang bertajuk Bora!Deborah bersama dengan Yoon Hyun Min. Drama ini akan mengisahkan tentang cerita seorang penulis buku popular yang memiliki sisi hidup yang sangat berbeza.

Para penonton akan dihidangkan dengan konflik pencarian cinta sejati yang penuh drama. Selitan komedi ringan juga akan membuat para penonton semakin menikmati drama yang akan ditayangkan pada 12 April 2023 nanti.

2. STEALER: THE TREASURE KEEPER tayang pada 12 April 2023

73E86FCB 5961 4638 ADA5 003B35AA7826Kali ini para penonton akan menikmati drama aksi yang dibaluti dengan babak komedi! Drama siri Stealer: The Treasure Keeper mengisahkan tentang seorang pegawai kerajaan yang menjalani dua kehidupan berbeza. Hidup menyedihkan di siang hari dan menjadi pencuri yang licik di malam hari.
Dibintangi oleh Joo Won dan Lee Joo Woo, drama siri ini membawakan tema segar yang menarik untuk diikuti. Anda akan sering tertanya-tanya seiring dengan perkembangan jalan cerita.

Baca Lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

 

3. DOCTOR CHA tayang pada 15 April 2023

16057437 5005 46B8 B1C4 E70EAE5104D1Drama siri yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat, drama siri Doctor Cha menjadi drama siri yang paling dinanti pada bulan April. Drama ini dibintangi oleh para pelakon senior yang paling hebat dalam menghibur penonton dengan penampilan komedi khas mereka. Membariskan Uhm Jung Hwa hingga Kim Byung Chul, drama siri komedi medik ini menceritakan tentang seorang suri rumah tangga yang mengejar impiannya sebagai seorang doktor setelah 20 tahun. Konflik permasalahan rumah tangga hingga kisah kerjaya yang disatukan dalam elemen komedi. Siapa yang menantikannya?

4. FAMILY tayang pada 17 April 2023

7660622A AB64 4C6D A2E8 73EC5EC48A01

Pasangan drama siri legenda dengan keserasian luar biasa iaitu Jang Nara dan Jang Hyuk kembali menghiburkan para penonton dalam drama siri terbaru iaitu Family. Drama siri ini bergenre komedi-kekeluargaan yang mengisahkan tentang cerita ejen NIS yang menyamar menjadi seorang pegawai biasa. Drama siri ini akan menonjolkan dan mempamerkan hubungan dalam membina rumah tangga tetapi masih ada misteri tentang kerjaya yang belum terungkai antara satu sama lain. Nantikan!

5. THE GOOD BAD MOTHER tayang pada 26 April 2023

D96DCA98 F6EA 4C7D 9EC1 5018FE861112Cemerlang dengan drama siri sebelumnya, Lee Do Hyun kembali dengan drama terbaru yang bertajuk The Good Bad Mother. Drama siri ini yang dipadukan dengan elemen komedi kekeluargaan mengisahkan tentang kehidupan dan perjuangan seorang ibu (Ra Mi Ran) dalam membesarkan anaknya yang mengalami musibah. Dalam tertawa pasti ada babak air mata dalam drama ini!

Pelbagai drama siri Korea Selatan yang tersenarai di atas bakal memeriahkan bulan April anda! Jadi drama manakah yang paling anda nantikan?

Baca Juga: 10 Pencalonan Kategori Drama Untuk Baeksang Arts Awards