Home Artis Korea Lee Seung Gi Bakal Menemui Peminat di Kuala Lumpur pada 4 November...

Lee Seung Gi Bakal Menemui Peminat di Kuala Lumpur pada 4 November Ini

0

Nampaknya para peminat setia bintang popular Korea Selatan iaitu Lee Seung Gi boleh tersenyum lebar kerana pada bulan November nanti, pelakon dan juga penyanyi ini bakal menyapa para peminat setia yang bertuah pada 4 November 2023 di Kuala Lumpur.

98618eb0 0520 4ed3 bf0a f7257dc28008

Menurut kenyataan media pihak One dan juga Astro, Lee Seung-gi akan berjumpa secara ekslusif dan istimewa dengan 120 orang pemenang bertuah yang menyertai peraduan atas talian yang telah diadakan oleh pihak Astro.

Perjumpaan itu dikhabarkan akan diadakan secara tertutup dan penuh privasi! Bayangkan hanya 120 orang pemenang bertuah dan Lee Seung Gi sahaja? Pasti mengujakan bukan?

Lee seung giPada hari yang sama juga, pelakon pertama ini akan mengadakan sesi bertemu peminat pada pukul 5 petang di pusat membeli belah My Town di Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, para peminat boleh berada dekat dengan superstar tersebut dan boleh berinteraksi bersamanya melalui beberapa program aktiviti dan permainan yang telah disusun untuk dilakukan bersama-sama para peminat setianya!

Berita baik jika anda adalah pelanggan Astro dan anda berminat untuk mendapat pas masuk ekslusif untuk berjumpa dengan Lee Seung gi secara tertutup, anda boleh menyertai peraduan atas talian melalui My Astro.

Peraduan tersebut akan bermula pada 12 Oktober 2023 dan tamat pada 20 Oktober 2023. Nama-nama pemenang bertuah akan diumumkan pada 25 Oktober 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan Lee Seung Gi!

Jejaka tampan yang dilahirkan pada 13 Januari 1987 ini sangat digemari ramai khususnya melalui lakonnya dalam “Vagabond” (2019) dan “Mouse (2021). Lee Seung-gi yang tingginya mencapai 182 cm ini memang telah berlakon dalam banyak drama TV dan filem termasuklah “A Korean Odyssey” (2017-2018), film “The Princess and the Matchmaker” (2018), “Love Forecast” (2015), dan “You’re Surrounded” (2014).

f23a3559 db49 4f68 8f9e a6ed48445c38Pada 7 Februari 2023, Lee Seung Gi berkongsi surat tulisan tangannya di Instagram. Dia mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan Lee Da In pada 7 April 2023. Perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In dihadiri oleh ramai rakan selebriti. Kang Ho Dong, Yoo Jae Suk, Cha Eun Woo dan Kim Nam Gil turut hadir dalam majlis yang serba meriah itu di hotel mewah di Gangnam.

Baca lagi: Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Baca juga: Fakta Menarik Lee Da In Isteri Kepada Lee Seung Gi