Home Kdrama/Kmovie Lee Kwang Soo Menangis Selepas Berjaya Melakukan Perkara Ini Di Episod Terakhir...

Lee Kwang Soo Menangis Selepas Berjaya Melakukan Perkara Ini Di Episod Terakhir The Killer’s Shopping List

0

The Killer’s Shopping List merupakan drama thriller komedi misteri 2022 dan ia merupakan adaptasi novel karya Kang Ji Young.

Di dalam drama ini, Lee Kwang Soo yang memegang watak Ahn Dae Sung digandingkan bersama pelakon cantik iaitu Seolhyun AOA atau nama sebenar Kim Seol Hyun sebagai Do Ah- Hee dan Jin Hee Kyung sebagain Jung Myung Sook.

killers shopping listEpisod pertama The Killer’s Shopping List telah ditayangkan pada 27 April 2022, manakala episod terakhirnya (episod 8) pula telah ditayangkan ditayangkan pada 19 Mei 2022 yang lalu.

Walaupun di episod terakhir ini sudah boleh diduga jalan ceritanya, namun ia masih menarik dan penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Penonton yang mengikuti drama ini pastinya sudah tahu siapakah pembunuh bersiri di episod 7, jadi di episod yang terakhir ini, hanya tinggal untuk menangkap suspek sahaja iaitu Seo Cheon Kyu.

thekillersshoppinglistep8 1024x1024 1

Seperti yang kita lihat di episod sebelumnya, Cheon Kyu telah menikam detektif itu, maka, sudah pasti dia adalah pembunuhnya.

Dia kemudian melarikan diri dengan Yul di mana tiada siapa yang dapat menemui mereka. Namun, Yul tampil dengan idea bernas dan memberi petunjuk kepada Dae Sung.

Tanpa sebarang bantuan daripada pasukan polis, pekerja MS Mart bergegas menyelamatkan Yul daripada bapanya. Keadaan tebusan berbahaya, tetapi semua orang mempertaruhkan nyawa mereka untuk Yul.

Artikel berkaitan: Selepas 4 Tahun, Lee Kwang Soo Buat ‘Comeback’ Dalam Drama “The Killer’s Shopping List”, Ini Sinopsisnya

Artikel berkaitan: Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini

thekillersshoppinglistep8 4

Wajah yang kelihatan baik dan penyayang, tetapi siapa sangka dia sering menyeksa anak perempuannya Yul, membunuh isterinya dan juga membunuh orang yang tidak bersalah.

Siri pendek ini sangat menarik untuk ditonton kerana ianya tidak begitu tegang dan masih mempunyai unsur komedi yang menyeronokkan, disamping watak dan pelakon yang menarik juga.

 

Anda boleh menonton kesemua 8 episod menerusi laman web atau muat turun aplikasi Viu.

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton semua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.