Home Entertainment Johny Depp Buat Kejutan di Konsert Jeff Beck di England

Johny Depp Buat Kejutan di Konsert Jeff Beck di England

0

Johny Depp dilaporkan membuat persembahan di sebuah konsert pada hujung minggu baru-baru ini selepas kes perbicaraan saman malu terhadap bekas isteri, Amber Heard, ditangguh dan bersambung pada minggu hadapan.

Berdasarkan beberapa posting dan video yang dikongsikan di sosial media, pelakon itu telah memberi kejutan kepada peminat di Konsert Jeff Beck, pada hari Ahad lalu di England. Depp membuat persembahan di Sheffield, bersama Jeff Beck, kolaborasi lagu “Isolation”, ciptaan asal John Lennon pada tahun 1970. Mereka turut membuat persembahan lagu Marvin Gaye, “What’s Going On” dan Jimi Hendrix “Little Wing”.

5184

Depp pernah memberitahu bahawa beliau pernah menjadi penyanyi sebelum menembusi industri lakonan. Depp pernah menceburi bidang nyanyian namun tuah tidak menyebelahi beliau dalam bidang tersebut, membuatkan Depp kembali kepada bidang lakonan.

Depp dan Heard, bekas isteri, telah menjalani perbicaraan di Mahkamah Fairfax, Virginia semenjak 11 April yang lalu. Depp telah menyaman bekas isteri, Heard dengan jumlah 50 Juta USD, atas kesalahan merosakkan reputasi beliau selepas Heard menulis “op-ed” yang disiarkan di The Washington Post pada 2018, sementara Heard menyaman Depp dengan jumlah 100 Juta USD.

Sumber: The Hollywood Reporter

lihat video di bawah: