Home Concert Konsert Jelajah Dunia BTS Disahkan Batal, ARMY Patah Hati

Konsert Jelajah Dunia BTS Disahkan Batal, ARMY Patah Hati

0

Setelah lebih setahun mengumumkan penangguhan konsert, akhirnya BTS secara rasmi telah membatalkan jelajah dunia “Map of the Soul” mereka.

Pada awalnya, siri konsert tersebut dijadualkan untuk mula pada bulan April 2020, namun ditunda kerana pandemik Covid-19.

Pada bulan April tahun lalu, Big Hit Music mengumumkan bahawa mereka merancang untuk menjadualkan semula konsert tersebut tetapi dalam situasi yang tidak menentu ini, mereka belum dapat memberikan tarikh baru.

Pada 20 Ogos, Big Hit Music mengumumkan bahawa konsert jelajah dunia itu kini telah dibatalkan secara rasmi.

Penyataan penuh daripada agensi yang dipetik daripada laman Soompi adalah seperti berikut:

Helo.

Ini adalah BIG HIT MUSIC.

Kami ingin memaklumkan beberapa informasi mengenai “BTS MAP OF THE SOUL TOUR.

Syarikat kami telah berusaha bersungguh-sungguh memulakan persiapan BTS MAP OF THE SOUL TOUR, kerana tahu bahawa semua peminat telah menunggu dengan penuh semangat dan lama untuk tour ini.

Namun, dek kerana keadaan yang berlaku di luar kawalan kita, adalah sukar untuk meneruskan persembahan pada skala dan garis masa seperti yang dirancang. Oleh itu, kita mesti mengumumkan pembatalan BTS MAP OF THE SOUL TOUR.

Konsert jelajah di Seoul sebelum ini telah dibatalkan pada Februari tahun lalu, diikuti dengan penangguhan ke Amerika Syarikat pada bulan Mac; tarikh di Eropah dan Jepun ditunda sebelum bermulanya penjualan tiket di sana. Kami kesal untuk memberitahu anda mengenai pembatalan konsert secara rasmi.

Bagi peminat yang telah menempah tiket untuk ke konsert di Amerika Syarikat, anda akan menerima e-mel dari tempat pembelian tentang pembayaran balik.

Sekali lagi, izinkan kami untuk memohon maaf dari lubuk hati kami kepada semua peminat yang menunggu BTS MAP OF THE SOUL TOUR untuk disambung semula. Kami berusaha untuk menyiapkan jadual dan format persembahan yang boleh memenuhi jangkaan anda dan kami akan memberi maklumat terkini secepat mungkin.

Menjengah ke laman Twitter, #ARMYWillWaitingForBTS telah pun trending.

https://twitter.com/withlovebts7/status/1428563397264609285