Home Entertainment Kdrama – 7 Watak Wanita Penipu Dalam Drama Korea

Kdrama – 7 Watak Wanita Penipu Dalam Drama Korea

0

Nama Chun Woo-hee kini sedang meniti di bibir para peminat Kdrama hasil lakonannya sebagai Lee Ro Um dalam Kdrama Delightfully Deceitful (2023) yang boleh di strim melalui Viu Malaysia.

Membawa watak sebagai seorang gadis yang genius dalam Kdrama “Delightfully Deceitful”, hidupnya penuh dengan memori luka dan menyakitkan. Lee Ro Um telah disumbat ke penjara sewaktu berusia 18 tahun atas tuduhan membunuh kedua-dua orangtuanya sendiri.

IMG 1815Setelah 10 tahun menjadi banduan, nama baiknya perlahan-lahan pulih kerana dia merupakan mangsa dalam tuduhan sebelum ini, dalam erti kata lain, mahkamah tersalah memberi hukuman.

IMG 1819

Setelah keluar dari penjara dan selama tempoh percubaan, Lee Ro Um yang telah kehilangan kesempatan untuk meraih cita-cita selama ini telah memilih untuk menjadi penipu.

Dalam dunia Kdrama, bukan hanya Lee Ro Um yang menjadi watak penipu. Terdapat beberapa watak lain yang melakukan perkara yang sama. Siapakah mereka dan apakah yang menyebabkan mereka menjadi penipu? Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

Kdrama

1. Lee Ro Um (Chun Woo Hee) menggunakan kepintarannya untuk menipu, demi menegakkan keadilan dalam drama siri terbaru Delightfully Deceitful (2023)

1f3afe7a 3e1e 463c 8068 21907373780b2. Kim Hye In (Lee Eun Saem) suka berpura-pura kaya dengan bergaya dan mengenakan barangan berjenama milik muridnya dalam drama siri Bitch x Rich (2023)

fc3c33f8 aad5 4feb b0cb aa65d3c7da843. Ko Mi Sook (Ji Hye Won) mencuri karya kawannya dan meraih kejayaan sementara demi untuk mendapatkan penghargaan dan kasih sayang ibunya dalam drama penuh misteri My Perfect Stranger (2023)

a69f5c91 cc82 4612 9d8b fdb490073e854. Demi misi balas dendam untuk para mangsa ketidakadilan, Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin) melakukan berbagai penyamaran dan penipuan dalam drama siri Taxi Driver 2 (2023)

84847248 75c0 4bbf 9db5 44ffe9f122895. Dalam Kdrama The Forbidden Marriage (2022-2023), Ye So Rang (Park Ju Hyun) berpura-pura menjadi bomoh, agar dibebaskan daripada penjara oleh raja

10df47a6 58c2 4772 9b31 b06c45525a1a6. Lee Yu Mi (Bae Suzy) adalah lepasan sekolah menengah yang berjaya menjadi profesor di sebuah universiti terkenal, dia menggunakan identiti yang dicuri dalam drama siri Anna (2022)

c1768b75 63b9 4c39 8ce0 3a82de516a077. Dalam drama siri Love in Contract (2022), Choi Sang Eun (Park Min Young) adalah chaebol yang lebih memilih untuk hidup biasa dengan menawarkan khidmat isteri kontrak

Watak-watak yang tersenarai di atas menjadi penipu dengan berbagai-bagai alasan sebab. Ada yang menipu demi kebaikan, ada juga yang menipu demi kejahatan dan ego sendiri. Watak protagonis juga kadang kala melakukan penipuan demi sebuah idealisme yang sedang diperjuangkannya.

Tentu sahaja para penonton akan merasa berdebar-debar sewaktu setiap karakter melakukan aksi penipuan, apatah lagi jika penipuan mereka hampir-hampir terdedah.

Watak penipu dalam Kdrama mana satukah yang paling anda suka?

Baca lagi: 12 Watak Protagonis Kdrama Berakhir Tragis

Baca juga: 9 Pelakon Korea Ini Kerap Bawa Watak Doktor