Home News Pekerja Bangla Dedah Duit Simpanan Hampir RM1 Juta, Sekali Gaji Sebulannya Pula...

Pekerja Bangla Dedah Duit Simpanan Hampir RM1 Juta, Sekali Gaji Sebulannya Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pekerja asing dari Bangladesh yang membuatkan para netizen terkejut apabila beliau mendedahkan duit simpanannya sudah mencecah hampir RM1 juta ketika bekerja di Malaysia.

Dia hanya menikmati hidangannya dengan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja untuk berjimat cermat bagi membolehkan dia membuat simpanan wang untuk keluarganya.

Malah, hasil pengorbanannya itu, dia mendedahkan telah berjaya menyimpan lebih RM800,000 sehingga berjaya membuatkan netizen tergamam dan kagum dengannya.

Screenshot 2023 06 19 094023

Baru-baru ini, menerusi perkongsian klip durasi pendek yang disiarkan oleh akaun Tiktok @pokchek906 di aplikasi Tiktok, pekerja asing tersebut memberitahu beliau sudah bekerja di Malaysia lebih 19 tahun.

“Saya sudah 19 tahun tinggal di Malaysia, setiap bulan akan hantar RM5,200 di kampung halaman. Kat sini tak ada guna duit sangat jadi hantar kampung halaman lagi bagus. Saya ada mak ayah jadi mereka nak pakai wang”

Screenshot 2023 06 19 094247

Netizen turut memberi komen mengenai pendedahan beliau, mengatakan tidak sangka lelaki warga Bangladesh ini mampu mendapat gaji sebanyak RM5,500 untuk sebulan. Ada juga yang mengatakan orang yang mempunyai sijil ‘degree’ pun belum tentu dapat gaji sebegitu.

Netizen juga meluahkan rasa kagum dan hormat apabila mendengar luahan pekerja asing tersebut yang sangat memetingkan keluarga berbanding dirinya sendiri untuk perbelanjaan di Bangladesh.

Disebalik persoalan yang dilemparkan oleh netizen, ada segelintir yang memaklumkan beliau layak menerima gaji tersebut kerana golongan seperti mereka kerja lebih daripada lapan jam setiap hari.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang