Home Entertainment Happiness Battle – 9 Cabaran Hidup Jang Mi Ho

Happiness Battle – 9 Cabaran Hidup Jang Mi Ho

0

Watak Jang Mi Ho yang dilakonkan oleh Lee El dalam drama siri “Happiness Battle” atau “Battle for Happiness” merupakan watak seorang wanita berkerjaya yang suka menyendiri.

Pada awalnya, hidup Jang Mi Ho berjalan normal seperti biasa dengan rutin kerja hariannya. Namun, pada suatu hari berlaku sebuah kes pembunuhan saudara tirinya.
Perkara itu pun membuatkan hidupnya perlu berada dalam lingkungan para ibu yang sering berlumba-lumba mencari glamor dan kepuasan melalui media sosial.

IMG 1803

Kehidupan Jang Mi Ho dalam drama siri “Happiness Battle”, yang berubah bukanlah satu perkara yang mudah untuk dia hadapi. Begitu banyak liku kehidupan yang perlu Jang Mi Ho hadapi, berikut merupakan sembilan cabaran hidup yang dihadapinya, di antaranya ialah:

Happiness battle1. Di tempat kerjanya, Jang Mi Ho sering kali mendapat tekanan dari pegawai atasannya dan pencapaian prestasinya membuatkan dia lebih tertekan

d0757e4f dee6 461c a57b b1244e26530e2. Sewaktu jadual masa rehat, Jang Mi Ho lebih suka menghabiskan waktunya sendiri. Dia memilih untuk makan sambil memakai headset

IMG 1809 scaled3. Pada suatu hari, syarikatnya mengadakan satu acara yang mana pemenangnya adalah Oh Yu Jin (Park Hyo Joo). Jang Mi Ho ditugaskan untuk menghubunginya

IMG 18054. Pada awalnya dia merasa agak ragu, Jang Mi Ho akhirnya menghubungi Oh Yu Jin. Dia rasa ragu-ragu kerana ternyata mereka sebenarnya adalah saudara tiri

IMG 1806 scaled5. Dahulunya, Jang Mi Ho mempunyai masalah dengan Oh Yu Jin yang telah membuatkan mereka saling menyalahkan sehingga hubungan kedua-duanya menjadi renggang

IMG 9348 16. Oh Yu Jin meninggal dunia kerana dibunuh. Tragedi itu membuatkan Jang Mi Ho perlu mengasuh kedua-dua anak Oh Yu Jin

852439bd ace5 492c b93d d206967430057. Sebagai wanita berkerjaya yang belum mendirikan rumah tangga, Jang Mi Ho merasa sangat sukar untuk menguruskan dua orang anak Oh Yu Jin. Dia perlu mengambil cuti dan meninggalkan pekerjaannya buat seketika

IMG 18088. Jang Mi Ho juga perlu menghadapi para ibu dari kejiranan apartment Oh Yu Jin yang sangat gila dan obses terhadap media sosial

IMG 1807 scaled9. Semakin dia mengenali para ibu di kejiranan tersebut, Jang Mi Ho menyedari bahawa ada perkara yang aneh tentang mereka dan perkara itu dirasakan sangat berhubungan dengan pembunuhan Oh Yu Jin

IMG 1811Nampaknya akan ada lebih banyak masalah yang perlu dihadapi oleh Jang Mi Ho nanti. Tambahan pula, Jang Mi Ho juga sudah memutuskan untuk menyiasat dan mencari tahu tentang dalang pembunuhan saudara tirinya. Apakah Jang Mi Ho mampu mencari siapakah pembunuh Oh Yu Jin yang sebenarnya?

Baca lagi: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri

Baca juga: Happiness Battle – 9 fakta geng emak-emak yang selalu berlawan