Home Entertainment 12 Watak Protagonis Kdrama Berakhir Tragis

12 Watak Protagonis Kdrama Berakhir Tragis

0

Pengakhiran kematian setiap watak protagonis dalam drama siri sering kali disebut sebagai mangsa yang malang.

Mereka tidak bersalah namun perlu berakhir dengan penyudah yang menyedihkan dengan kematian mereka. Ramai juga watak yang dikisahkan meninggal dunia secara tidak adil.

Pada separuh pertama tahun 2023 ini, terdapat agak banyak watak protagonis yang berakhir menjadi mangsa pembunuhan. Di antaranya adalah 12 watak progatonis seperti berikut ini. Jom sama-sama kita lihat:

Watak protagonis1. Choi Tae Ho (Heo Jun Ho) yang dikenali sangat baik tetapi sayang berakhir terbunuh dengan cara yang sungguh tragik dalam drama siri Bloodhounds

 

Kdrama2. Pada awalnya dia disangka sebagai pembunuh bersiri, Yoo Bum Ryong (Joo Yeon Woo) juga mati dibunuh sewaktu cuba menyelamatkan bekas kekasihnya dalam drama siri My Perfect Stranger

 

2e7cbe1b d2e0 4869 bae5 8f3a3b10af383. Kematian Choi Hae Sik (Cho Jin Woong) dalam The Good Bad Mother telah dipalsukan sebagai kes bunuh diri. Kematian ayahnya menyebabkan si anak membuat keputusan untuk balas dendam dan menjadi pendakwa raya

5907e604 e3f3 4d1d b363 76b538248ec74. Mempunyai tanggung jawab yang besar, Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo) mengorbankan nyawa sendiri untuk melindungi anak didikannya dalam drama siri Duty After School

 

a16e802a 9c89 4ff8 ae77 866d53b4c3de5. Pada asalnya dia adalah seorang yang baik, Jo Tae Gu (Kim Nam Hee) berakhir ditikam sewaktu menyiasat organisasi yang pernah disertainya dalam drama siri Family: The Unbreakable Bond

 

ca957f75 a31a 44bd a9cb 8be6cb2609a76. Pada episod akhir Duty After School Bahagian 2, Wang Tae Man (Moon Sang Min) terbunuh dalam tembakan rambang yang dilakukan oleh kawannya sendiri

868bc33d 0a20 4258 abd8 00c43b226a897. Tragedi tersebut juga telah menewaskan Jo Young Shin (Ji Min Hyuk) dalam drama siri Duty After School Bahagian 2. Dia juga sempat melawan untuk mempertahankan nyawanya

0d27a249 21a0 4593 be54 08ebb36b03e08. Masih dalam drama yang sama iaitu Duty After School Bahagian 2, Jo Jang Soo (Yoon Jong Bin) juga berakhir terbunuh dalam peristiwa penembakan tersebut

73db56cf cbb7 40d1 b13d fbdc97ea63e49. Sementara itu, Jang Young Hoon (Roh Jong Hyun) menjadi pelajar pertama yang tewas ditelan oleh makhluk asing ungu misteri dalam drama siri Duty After School

eefae6b4 6729 4f04 9159 d70e03be1c7810. Untuk mencegah musuhnya menghancurkan dunia, Van (Kim Nam-gil) dalam drama siri Island memilih untuk mengorbankan dirinya

0b96be72 d155 4601 b68b 7fccb2dee35b11. Shim Young (Kim Woo Seok) sebagai cameo dalam Our Blooming Youth bunuh diri setelah dihipnotis (pukau) untuk melakukan pembunuhan

40b00b28 82e3 45ae 90c6 3fa0ba96569a12. Watak protagonis yang terakhir, Ja Chun Seok (Yoon Jung Hoon) mati terbunuh ketika menyelamatkan kawan yang dianggap sebagai abangnya sendiri dalam drama siri The Forbidden Marriage

Kematian setiap watak protagonis di atas terjadi akibat perbuatan jahat watak antagonis. Perkara itu membuatkan mereka dianggap sebagai mangsa yang malang dalam Kdrama 2023 yang menampilkan mereka.

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix

Baca juga: 5 Kdrama Adaptasi Webtoon Paling Popular