Home Entertainment Journal Sarahaeyo Drama Terpaling Korea 2023

Journal Sarahaeyo Drama Terpaling Korea 2023

0

Journal Sarahaeyo Drama Terpaling Korea?

Journal Sarahaeyo merupakan drama pertama daripada Viu Presents ini bakal menemui semua pada 19 Mei 2023.

Drama ini membawa kita semua ke dalam kehidupan seorang peminat K-Pop dan K-Drama.

daebaking.co journal sarahaeyo 1

Korang semua meminati K-Drama dan K-Pop? Mesti korang semua mempunyai Oppa kesayangan korang kan.

Pastilah kita mempunyai keinginan untuk berjumpa dengan Oppa kesayangan kita, jadi tak salah untuk kita memasang impian untuk bertemu dengan Oppa kesayangan dan idaman kita suatu hari nanti.

daebaking.co journal sarahaeyo 567

Namun tidak semua memahami minat seseorang pada K-Pop dan K-Drama. Pelbagai pandangan serong sering dilemparkan kepada peminat K-Pop dan K-Drama.

Sering di label dengan pelbagai gelaran dan sindiran seperti peminat fanatik dan toksik.

daebaking.co journal sarahaeyo 8

Bagi peminat setia K-pop dan K-Drama korang patut tonton drama ini kerana watak utamanya pasti terasa dekat dengan korang semua.

Drama ini dengarnya telah menjalani penggambaran di Korea !

@viu.malaysia

terus sampai Korea 🤩 #ViuPresents #JournalSarahaeyo #TerpalingKorea #Kdrama #KIdol #TravelKorea #TikTokVideo #foryoupage #fyp #tiktokedit

♬ original sound – Viu Malaysia – Viu Malaysia

Baca lagi: The Secret Romantic Guesthouse Drama Terbaru Viu

daebaking journal sarangheyo

Drama ini dibarisi oleh pelakon muda dan berbakat Malaysia seperti :

  • Arena Wan
  • Alvin Chong
  • Aniq Suhair
  • Alisya Rashid
  • Adriana Adnan
  • Andi Bernadee

daebaking.co journal sarahaeyo 2
Drama ini mengisahkan tentang Sara (Arena Wan) seorang pelajar tahun akhir universiti yang merupakan seorang peminat setia K-Drama dan K-Pop.

Dia memiliki journal di mana dia menulis tentang harapan dan impiannya untuk pergi ke Korea Selatan dan mencari ‘Oppa’nya sendiri.

daebaking.co journal saraheayo 3

Peluang Sara datang apabila mereka diberikan projek untuk merancang lawatan universiti ke Korea.

Sara melihat ini sebagai jalan untuk memenuhi impiannya, tetapi ianya tidak semudah yang difikirkan kerana dirinya dikecam kerana menjadi peminat K-Pop dan K- Drama.

Sering sahaja dia dipandang serong dan disindir oleh rakan sekuliahnya sendiri.

daebaking.co journal saraheayo 8

Sara juga dibuli oleh pembuli siber sehingga dirinya dipermalukan di khalayak ramai. Sara di buli oleh satu akaun Twitter, @terpalingkorea yang mensasarkan peminat K-Pop.

Akaun Twitter itu yang akan menyerang dan membuli peminat K-Pop setiap minggu dan tiada siapa tahu siapa pemilik sebenar akaun tersebut.

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

daebaking.co journal saraheayo 6 2

Walaupun menerima pelbagai cabaran dan halangan dalam merancang projek tahun akhirnya itu, Sara tetap tidak berputus asa dan kekal positif.

Apatah lagi dia selalu mendapat sokongan daripada abangnya Saif , rakan baiknya Raf dan Layla.

daebaking.co journal saraheayo 6

Menarik juga drama baru Journal Sarahaeyo ni. Nak tengo juga berjaya ke Sara merealisasikan impiannya untuk bertemu “Oppa” idamannya di Korea ?

Jadi korang jangan lupa masukkan ke dalam list korang Journal Sarahaeyo untuk di tonton.

Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.

 

 

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.