Home Entertainment Alter-Naratif Nabila Huda Jadi Psiko?

Alter-Naratif Nabila Huda Jadi Psiko?

0

Alter-Naratif Nabila Huda Jadi Psiko?

Kalau boleh ubah memori, korang nak ubah tak?

daebaking.co alter naratif 2

Merupakan idea asal Aina Izzah, pemenang Viu Pitching Forum pada tahun 2021 dan  diarahkan oleh Faizal Ishak,  drama ini menampilkan barisan pelakon  yang tidak asing lagi di Malaysia seperti :

  • Nabila Huda sebagai Mel Isa
  • Liyana Jasmay sebagai Aira
  • Neera Azizi sebagai Kina
  • Rahim Omar sebagai Dr Isa
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Dr Rahimdaebaking.co alter naratif

Jangan tak tahu ada sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menghilangkan dan menggantikan memori manusia tau. 

Syarikat Electric Dust Agency cukup terkenal dengan inovasinya dan kebolehan memadamkan ingatan manusia dan menggantikannya dengan ingatan yang baru.

daebaking.co alternaratifKetua pegawai Eksekutifnya Mel Isa yakin dengan teknologi baru ini mampu mengubah masa depan bidang psikoterapi.

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

daebaking.co naratif

Dia yakin teknologi ini dapat membantu mangsa trauma untuk membina kembali kehidupan mereka dengan memadamkan ingatan mereka yang menimbulkan trauma dan menggantikannya dengan ingatan baru.

Baca lagi: Journal Saraheayo Drama Terbaru Untuk Kpoper 2023

daebaking.co alter naratif 1Tetapi apabila Mel mula pitam secara tiba tiba dan mula mengalami halusinasi , dia mengesyaki ingatannya telah diubah dan dimanipulasi oleh seseorang.

Tidak mahu berdiam diri, Mel cuba menyiasat apa yang terjadi dan ini secara tidak langsung telah mendedahkan sisi gelap syarikat Electric Dust Agency.

daebaking.co alter naratif 23

Menarikkan jalan cerita ni? Inilah series terbaru daripada Viu, Alter-Naratif yang membawakan genre Psychological Thriller. 

Setanding dengan filem thriller antarabangsa pasti anda tidak senang duduk dengan plotnya yang menarik sehingga membuatkan anda tertunggu tunggu apa yang terjadi seterusnya setiap episod.

daebaking.co alter naratif 3

Jangan lupa untuk menonton Alter-Naratif dengan episod baru setiap hari Khamis bermula 25 May ini di sini.

@viu.malaysia

Kalau boleh padam memori, korang nak buat? 🤔 #AlterNaratif #ViuOriginal #scifi #thriller #teaser #NabilaHuda #LiyanaJasmay #GambitSaifullah #foryou

♬ original sound – Viu Malaysia – Viu Malaysia

Kalau korang nak tahu apakah rahsia sebenar syarikat EDA dan apa yang cuba mereka buat dengan memori manusia?

Dan dengan siapa yang boleh Mel boleh percayai untuk membantunya?

Jadi korang apa tunggu lagi jom kita tonton  Alter- Naratif sekarang.

 

 

Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.