Home Entertainment  Jatuh Cinta Dengan Suspek Pembunuhan, Ini Review K-Filem ‘Decision to Leave’

 Jatuh Cinta Dengan Suspek Pembunuhan, Ini Review K-Filem ‘Decision to Leave’

0

“Decision To Leave” ialah sebuah K-filem keluaran 2022 dari Korea Selatan. Filem ini berdurasi selama 139 minit. Kisah ini bermula apabila seorang mayat seorang pendaki gunung ditemui. Adakah dia tergelincir atau ditolak?

Hae-Joon, lakonan Park Hae-Il bekerja sebagai detektif. Dia seorang yang sopan dan bersemangat apabila menyiasat kes.

decisiontoleave 1

Dia memulakan siasatan kes kematian luar biasa yang berlaku di atas sebuah gunung. Semasa menyiasat kes itu, Hae-Joon bertemu dengan Seo-Rae lakonan Tang Wei. Dia merupakan bekas isteri kepada mangsa. Hae-Joon curiga kepadanya, tetapi dalam masa yang sama dia juga berminat dengannya.

largephoto1526606

Filem ini adalah yang filem yang terbaru daripada penulis-pengeluar-pengarah Park Chan-wook, yang sebelum ini membawakan “The Handmaiden” dan “Stoker”.

Di sini dia membawa kepada penonton yang pada mulanya kelihatan seperti misteri pembunuhan, tetapi tidak lama kemudian filem itu berubah menjadi sesuatu yang berbeza sama sekali.

Filem ini sangat sarat dengan plot, jadi tak nak cakap banyak, sesiapa yang belum tonton, kena tonton filem ini!

bedf890a71064d198a86b74fad36ce2d

Nada dan suasana keseluruhan filem ini berubah dari awal hingga akhir. Fotografi lokasi di Korea juga adalah sangat luar biasa. Tetapi pada akhirnya, ini semua tentang penceritaan filem yang hebat, sama seperti kebanyakan filem Park yang sebelum ini.

“Decision To Leave” telah ditayangkan di festival filem Cannes dan dengan serta-merta telah mendapat pujian, malah Park juga telah memenangi anugerah “Pengarah Terbaik” di festival tersebut.

Baca lagi: Bulan Baru Drama Baru, 3 K-Drama Terbaru Di Viu!

Baca lagi: Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru di Viu

FRANCE FILM FESTIVAL CANNES 205005

Jika anda berada dalam mood untuk filem asing terkemuka yang mulanya misteri pembunuhan tetapi berubah menjadi sesuatu yang lain sama sekali, memang disarankan untuk anda menonton filem ini dan buat kesimpulan anda sendiri.

Tak tahu nak tengok filem ini dimana? Korang boleh layan dekat sini. Di Viu, korang boleh nikmati filem ini dalam HD dan Sarikata mengikut pilihan anda.